TABUNG

09 July 2011

:: Takziah buat Tokwan (Safar b. Arshad) ::

Assalamualaikum..

Al- Fatihah
Aminnnn...


Malam Khamis baru2 ni, aku dan adik beradik aku dapat call dari mak aku kat kampung. Mak aku cakap tokwan dah tak sedar. Mak suruh kitorang balik kampung. So, esok pagi kitorang pegi beli tiket kat Puduraya pukul 9 pagi. Nasib baik ade lagi tempat kosong untuk kitorang 5 beradik. Kitorang naik bas favourite family aku, Transnasional.

Dalam jam 2 petang kitorang sampai Sungai Petani, Kedah. Dari perhentian bas tu kitorang ambik teksi terus g Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Teksi yang kitorang naik (orang lame)

Pintu

Lampu atas dalam teksi



Kotak ape ntah name die

Rupe teksi Nissan lame dari jauh


On the way g hospital aku nampak bengkel moto ni...
Bengkel " BILAFREE COME"
Sampai sane kitorang tak boleh g melawat tokwan aku lagi. Masa melawat jam 5.30 petang. Tunggu punye tunggu sampai 5.30 petang, kitorang pun naik Wad Kenanga 7. Sampai-sampai tengok keadaan tokwan lemah sangat. Tokwan da tak sedar da. Tokwan cume bergantung kat alat bantuan pernafasan je. Aku tengok banyak gile wayar kat badan tokwan. Tokwan pun tak sedar kitorang datang.

Esoknye, kitorang datang lagi. Waktu melawat jam 1 hingga 2 petang. Tokwan masih dalam keadaan yang sama. Tak bagi apa2 reaksi positif pun. Kitorang adik beradik berdiri sebelah katil tokwan, bacekan Yasiin untuk tokwan. Tu je yang kitorang mampu tolong tokwan. 

Daripada Ma'qal Bin Yaasar r.a Bahawasanya telah bersabda Rasulullah s.a.w : 
" hati al-Quran ialah Surah Yaasiin, tidaklah dibaca akan dia oleh seorang lelaki yang mengharapkan Allah dan kampung akhirat melainkan diampun oleh Allah dosanya dan bacalah Surah Yaasiin kepada mereka yang hampir akan mati dan selepas mati "

Hari Ahad pagi kitorang bertolak balik KL sebab keesokan hari masing-masing da keje. Adik2 pun da nak sekolah. Kitorang pun bertolak balik KL.


 Keadaan tokwan mase dalam wad ICU



Tok yang setia menanti tokwan

Sampai kat KL dengan penuh tawakal dalam masa yang sama berdoa jugak supaya tokwan sembuh dan boleh bangun balik. Tapi, hari isnin malam, mak call dari kampung bagitaw yang tokwan da tak de. Tokwan da pegi tinggalkn kami semua jam 5 petang hari isnin (4 Julai 2011).

Kitorang yang baru je sampai dari kampung terpaksa bertolak balik jam 9.30 malam. Abah yang drive kereta. Dalam perjalanan, kitorang bace Surah Yaasiin untuk tokwan. Abah pasang kaset bacaan Yasiin dalam kereta. Sedih, sebak semua ade. :'(

Jam 3.30 pagi kitorang sampai kampung di Tikam Batu.

===>> nnt aku sambung lagi ek..nak pi pekena ABC sat dgn M.I.P! ;))

No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...