TABUNG

27 August 2011

:: Jom pakat serbu KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA ::

Assalamualaikum..

Entry yang kedua untuk malam ni kot. Hahaha. Tetiba teringat yang siang tadi mak aku yang comel tu ajak la si Ikhwan gemok (mak aku mengasuh) pegi Majlis Perasmian Kedai Rakyat 1 Malaysia kat kawasan umah aku. Ala, kat Pantai Permai sebelah Bangsar South tu.


Sape yang rasmikan taw? Tan Sri Muhyidin Yasin dengan bapak angkat aku la. Dato' Raja Nong Chik yang handsome dan jambu tu. Haish! Tak tahan tengok muka bapak angkat aku tu. haha..


Kedai Rakyat tu betol betol kat sebelah Klinik 1 Malaysia. Kawasan perumahan umah aku memang sangat strategik la sampai diowang nak buat kat situ. hahaha. Bongkak sungguh aku.


Barang barang pulak sangat berpatutan ok. Sebab Kedai rakyat 1 Malaysia ni adalah kerjasama dengan tauke MYDIN tu. Tu yang harga barang barang kat kedai ni macam harga MYDIN. Tadi mak aku teruja tengok harga beras cuma RM16. Kalau korang beli kat kedai kedai runcit harga dia lebih kurang RM 26 taw? So, ape tunggu lagi? Jom serbu Kedai Rakyat 1 Malaysia.


Setakat ni yang aku taw baru 3 outlet depa tubuhkan. Satu kat umah aku, Pantai Permai, satu lagi kat Dewan Komuniti Bandar Tun Razak kot. Satu lagi dekat betol betol LRT Kelana Jaya.

Nak tengok macam mana rupa KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA ni? Jom. Bleh bace kat SINI jugak..

Ni pulak laman web kedairakyat1malaysia . Jum serbu.



Ni masa perasmian dekat Bandar Tun Razak..


Ni pulak katalog harga barang kat kedai t. Korang bleh tengok sendiri betape murahnye harga barang dekat Kedai Rakyat 1Malaysia ni. ;))

Klik gambar untuk tumbesaran

Klik gambar untuk tumbesaran

Korang datang la sementara tengah promosi ni ok. Promosi Hari Raya. ;))

InsyaAllah, nanti aku update gambar Kedai Rakyat 1Malaysia yang kat umah aku pulak. Kat Pantai Permai ni, Betol betol bersebelahan dengan Klinik 1Malaysia. Mak aku cakap doktor Klinik 1 Malaysia ni handsome gile. hahaha.

p/s = Kalau korang tak taw Pantai Permai tu kat mane, Pantai Permai ni dekat area Pantai Dalam, KL. Sebelah Angkasapuri alaaaaaa stesen RTM tu. ;))



21 August 2011

:: Kongsi Minuman, Sudu?? Eeuuwww! Geli kott!! ::

Assalamualaikum..



Bluuurrrppp..... kenyang berbuka puase td? Alhamdulillah. Tarawikh? Hehehe.. Tinggal 10 hari lagi kita dalam bulan Ramadhan ni. Ramai ramai la rebut peluang ganjaran Lailatul Qadar ye. Hari ni aku nak kongsi tahap kegelian aku yang melampau lampau sejak kecik lagi.


entry ni tak de kne mngena dgn kes rumah tangga JIMMY..haha


Aku selalu tengok couple yang sedang angau kat luar tu makan, minum kongsi. Maksod aku, diorang tu berkongsi straw untuk minum, berkongsi sudu untuk makan. EEEEEEE..korang tak geli ke? Air liur pakwe ko melekat kat straw tu pastu ko lekapkan bibir ko plak kat air liur die tu? Ish! Aku memang pantang. Geli kotttt!!!

Aku memang geli sangat bab bab berkongsi ni. Kadang kadang selera aku kat air carrot susu yang pekat mengancam tu terus tergugat dek kawan aku mintak nak hisap sikit air aku tu. Macam macam kot yang aku pikir. Air liur die, ish! Jangan cerita la. Bukan aku ni jenis yang nak pandang hina kat orang yang mintak air kat aku, tapi serius, aku memang geli sangattt. HARAP MAKLUM!



M.I.P pon dah paham sangat dengan fobia aku dengan air liur orang lain ni. Dia akan cuba sedaya upaya untuk tak gunakan straw aku kalau die nak rasa air aku, akan guna sudu dia sendiri kalau dia nak rasa spagheti aku yang berselera tu. ;))


Aku dah puas search kat pakcik google ape jenis fobia aku ni. Tapi tak pulak jumpe. Kalau korang taw aku ni fobia jenis ape, sila la bagitaw aku ye. Huhuhu.. Nanti senang aku nak isi dalam borang kesihatan. Hahaha.


Melalui pemerhatian aku, aku tengok ade sesetengah makcik tu, dia dengan selamba hisap botol susu anak dia. Aku tak taw apa fungsinye. Mungkin nak rase susu tu manis ke tak or panas sangat ke. Tapi anak dia dah hisap susu tu, tiba tiba ngap!! Masuk mulut mak dia. Memang la air liur baby, tapi aku still geli sangat. Mungkn bila aku ada anak nanti aku takkan buat macam tu, takkan sesekali. Walaupun anak aku sendiri. GELI TETAP GELI!


So, pesanan aku kat kawan kawan baru aku nanti, korang tak payah la mintak air ke nk makanan aku ke.. Sebab aku geli sangat kot. Korang boleh mintak kat orang lain kn? Hehehehe..bukan kedekut tapi aku geli. Kalau korang mintak air aku, aku akan bagi terus kot. FREE je. Sebab aku takkan minum air tu balik. Kalau korang betol betol nak rase air atau makanan aku, SILA GUNA BEKAS SENDIRI. Aku akan letak dalam bekas korang then korang boleh la rasa puas puas ok! ;))


p/s : Jangan lupa niat puase! ;))

Byeee.... Good Night peeps!

20 August 2011

:: Si Kupu-kupu Kecil Follow Blog MM !! ::

Assalamualaikum...


Ok, Nasib baik hari ni dapat jugak update blog usang ni. Aku dah lama nk buat entry ni. Tapi hari ni baru dapat buat ok sebab loading ni asik berputar je semalam. Tak boleh langsong nk up entry sampai aku terlepas Wordless Wednesday!! Hantu betul.

Jum aku tunjuk sesuatu kat korang! ;)) Sila excited!


Klik pada gambar utk tumbesaran! ;))
Korang nampak tak gambar wanita bertudung merah dalam lingkungan merah, dibawah anak panah merah tersebut?? Haaaa.. tu la dia kupu kupu kecik yang aku maksodkan. Korang kenal tak dia? Haishh! Tu la YUYU ZULAIKHA yg sangat comel , putihmelepak, lembut dan comel la..heeee. The best part is, kitorang berkongsi tarikh lahir yang sama 22 MEI !! GEMINI. ;)




Tengok la aksi si kupu kupu kecik ni :
=

=













"Macam tak sangka yuyu nak follow blog usang fana ni. Terima kasih yuyu. ;)) Sayanggggg YUYU. "


Selama ni aku selalu baca blog beliau yang penuh dengan ayat ayat di luar jangkauan minda, kreatif dan selalu bagi aku inspirasi melalui penulisan beliau. Tak sangka YUYU dengan merendah diri follow blog aku ni. 

Apa2 pon, harap YUYU terus melakarkan idea di blog dan terus memberikan inspirasi buat blogger blogger baru macam aku ni. Aku tak la serius sangat berblog tapi aku rase blog je satu satunye ruang untuk aku meluahkan semua yang terbuku dalam minda, hati dan sanubari aku ni. Harap korang tak muak baca blog aku. Teruskn membaca! ;))

Salam Selamat Malam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...