TABUNG

13 February 2012

Jom Borong di Kenanga Wholesale City (KWC)

Assalamualaikum..


Korang yang baca entry ni merupakan manusia paling comel dalam dunia ni. Eceh! Mesti tengah senyum sorang-sorang tu. Hihihi. Senyum tu bagus jugak, happy lagi bagus sebab dapat mengalirkan hormon gembira dalam tubuh kita. :)


Hari ni nak kongsi pasal satu tempat yang awesome untuk korang beli barang murah dan khas untuk peniaga-peniaga online mahupun pasar malam. Korang kena pegi tempat yang awesome ni taw. Korang takkan menyesal pegi sini sebab korang akan terloncat-loncat sambil jerit hooooorayyyyy! Sebab ape? Sebab kedai-kedai kat sini jual barang-barang yang awesome dengan harga borong!


Korang kena pegi sini bila office korang nak buat dinner, tak tahu kat mana nak cari baju dinner, bila sedara atau kawan-kawan korang dapat baby baru, banyakkkk baju baby jual kat sini, bila kawan korang punya birthday dah nak dekat, bila boyfriend korang punya birthday akan datang, and yang paling best korang kena pegi bila korang baru lepas dapat gaji. Sakan kauuuu.


Hari tu fana pegi Kenanga Wholesale City (KWC). Pastu bila sampai sana mata terus jadi rambang semacam. Dok bling-bling sakan la kan. Tengok dompet macam tak cukup je duit nak shopping semua tu. Hahaha. Jalan punya jalan dari tingkat satu sampai tingat paling atas, pergh! Memang tak boleh tahan beb. Serius. Tempat yang awesome tu buat kepala aku macam nak dihantuk-hantuk dekat eskalator tu. $_$


Nampak tak Floor Directory kat atas ni? Ni boleh jadi guide untuk korang kalau nak shopping kat sini sebab ia akan memudahkan korang mencari barang berdasarkan kategori yang telah dikelaskan. So, tak payah la nak pening kepala naik turun sampai sepuluh kali kan? Mula-mula cari baju mak, pastu baju akak, pastu baju kakak ipar, pastu baju abah, baju atok, dan sewaktu dengannya.


Geram bila tengok kedai handbag. Macam-macam jenis handbag ada jual kat KWC ni. Yang paling best korang boleh tawar-menawar lagi. Beli tiga ke atas dapat harga borong. Daripada RM80 boleh dapat RM40 je. 50% lagi tawww! Fana memang ke KWC setiap kali nak beli handbag sebab fana tahu fana takkan pulang dengan tangan kosong. :)




Salah satu kedai pakaian yang menarik hati. Pergh ! Baju-baju dia kalau boleh nak ada semuanya. Baju-baju muslimah pun banyak dijual di KWC. Memang banyak la. Baju yang dijual pun sangat menepati citarasa fesyen yang tak sempat nak kejar ni. Kejap-kejap dah ada fesyen terbaru. Sabor je la. -.-






Ha, tu lah Kenanga Wholesale City (KWC). Kalau korang pegi Time Square tu, korang akan nampak bangunan putih yang bertulis KENANGA. Mula-mula korang akan ingat kilang amende kat tengah-tengah bandar ni?? Tapi, dalam dia berisi banyak sangat barang-barang yang perempuan nak ok! :)


So, ape tunggu lagi? Pegi la serbu Kenanga Wholesale City sekarang ! Jangan lupa bawak duit banyak-banyak taw! Hikhikhik. Untuk peniaga, disarankan sangat-sangat ambil stok kat sini sebab memang sangat murah. Beli tiga helai ke atas pun dah cukup untuk dapatkan harga borong.


Update : Dari Times Square boleh je jalan kaki ke KWC ni. Dekat je. Jalan kat tepi Penjara Pudu, Stesen LRT Hang Tuah, rumah pangsa Hang Tuah. Dia kat belakang tu je. :)



Boleh layari :

Alamat :
Kenanga Wholesale City Sdn. Bhd.
8-01, Kompleks Kenanga Wholesale City,
No.2, Jalan Gelugor,
55200 Kuala Lumpur.


Harga Parking : 
Kereta (Isnin - Jumaat)
3 Jam Pertama - RM 2.00

Kereta (Sabtu, Ahad, Cuti Am)
3 Jam Pertama - RM3.00

Motorsikal - RM1.00


xoxo,
nfcs

51 comments:

  1. hi..ni lah entry paling beguna lau nk pegi tempat ni..hehe..tapi nk tanya sket..ade tenampak kedai jual langsir tak??

    ReplyDelete
  2. @~suHaNa~
    Kedai jual langsir? hehe. Tak perasan la pulak. :)

    ReplyDelete
  3. chop2...semua kedai jual borong ke?
    kalau beli 1-1 takleh?

    ReplyDelete
  4. Nk tumpang tnya . Kenanga ad off day ta ?

    ReplyDelete
  5. Kalau dr times square, blh jln kaki or kne ambik teksi??

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. @siti mahiza
    Hye dear ! Kalau dari Times Square boleh jalan kaki jugak. Jalan kat Penjara Pudu tu.

    ReplyDelete
  8. @Tanpa Nama
    Tak ada off day sebab dia macam shopping complex biasa :)

    ReplyDelete
  9. @Tanpa Nama
    Beli satu pon boleh tapi kalau beli banyak lagi murah. :)

    ReplyDelete
  10. Saya ada meeting kat hotel olympics sports jln hanh jebat....blkg stadium merdeka. Rasa2..mcm nk pegi situ la...shopping!!!..dkt kot ekk?

    ReplyDelete
  11. @ASMAH MD TAP
    Ooo, hotel tu. Dekat belakang Stadium Negara tu kan? Dekat je nak jalan ke KWC. :)

    ReplyDelete
  12. saya dah bnyk kali pergi times square,tapi kenapa tak perasan pun bgunan putih ni.mksudnya dri times square tu,ikut mana?arah sg wang ke?

    ReplyDelete
  13. salam...btl k bangunan kenanga kat time square??huhuhu nape akak tak perasan...lama gak duk kl...bukan kat shah alam yerh

    ReplyDelete
  14. @Collection Tudung Durrain

    Sis, KWC memang dekat dengan Time Square. Tapi dia kat belakang. Kena ikot jalan belakang LRT Hang Tuah

    ReplyDelete
  15. bole x tunjukkan jalan nak gi sane melalui ktm shah alam bila da turun kat kl sentral lepas tu nak gi mane smpi ke KWC tu..? tlog pelase...

    ReplyDelete
  16. @aeronnafia
    Kalau dari KL Sentral naik monorel ke Imbi then, jalan kaki sikit je ikut Penjara Pudu dan belakang Stesen Putra Hang Tuah. :)

    ReplyDelete
  17. leh tnya.. apa hotel yg dekat ngan kenanga mall ni ah.. lau boleh nak family room

    ReplyDelete
  18. please visit us nice information about Bajet Hotel di KL

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Kat sini ade jual tudung kangaroo bidang 50 x

    ReplyDelete
  21. sana dah buka byk kedai manik n wallpaper...di tinggkat 3 n 5 .....sana wallpaper murah giler rm 38 lgi buy 3 free 1 pas kurang baru rm28 shj. kualiti pn ok xmcm diy n kaisan nipis giler ....minat call boss sana 0175031855

    ReplyDelete
  22. kedai pemborong manik dan bahan membuat taksbir adalah my collection di tingkat 5f-51, telephone 0392210219, whatapps 0122803334, 0123169078

    ReplyDelete
  23. Tu la bru nk try gi sane esok

    ReplyDelete
  24. Sy nak berniaga online kcil kecilan.tapi tak tahu mana tempat murah untuk borong brg..dan sy dengar dekat jln kenanga bnyk tempat borong dengn harga murah.tapi tak tahu kdai mana..sapa2 yg tahu ig mereka atau fb ke..tlng lah bgtahu ye..atau whtapp sy 0172141655

    ReplyDelete
  25. sis..kat cni ade jual brg kosmetik murah x?

    ReplyDelete
  26. sis..kat cni ade jual brg kosmetik murah x?

    ReplyDelete
  27. Kat sini ada jual baju renang muslimah tak

    ReplyDelete
  28. Kat sini ada jual baju renang muslimah tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tengok fb guzeltrend untuk baju renang muslimah

      Delete
  29. hari raya pertama dan kedua setiap tahun serta raya cina pertama dan kedua KWC fashion mall akan tutup. Isnin sampai khamis dan ahad waktu operasi dari 10 pagi sampai 7 malam,.......Hari Jumaat dan sabtu pula waktu operasi dari 10 pagi sampai 8 mala...harap maklum dari KWC management

    ReplyDelete
  30. Ade jual t-shirt x kat sane?

    ReplyDelete
  31. Dekat kenanga ade jual mcm2... Makeup,bag,pakaian wanita/lelaki & kanak2... Pakaian renang sy xpnh nmpk, mungkin ade.... Kena try KWC nih, mmg rmbang mata... Make sure kuar awl kalau nak tawaf, kalau kuar lmbt alamatnyeee menanges bucu katil laa sbb besar tmpt ni 😂😂

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. saya pon baru je nak start buat business online ni tengah cari stok barang yang harga berpatutan ... jika sesiapa tahu no phone owner kedai mana2 yang berada di kenanga ni boleh contact saya yee 0127679154/0197729154 ... lagi pun saya bnyk da dengar pasal KWC nih... harap dapat membantu saya...

    ReplyDelete
  34. wife sy nk bisnes tdung tpi msih mcri gak supplier hrga brong..kalau ada pmilik2 kdai dri knanga mntk email ke sy ye..

    ReplyDelete
  35. wife sy nk bisnes tdung tpi msih mcri gak supplier hrga brong..kalau ada pmilik2 kdai dri knanga mntk email ke sy ye..

    ReplyDelete
  36. salam semua,saya baru nak mula berniaga seluar jeans,ada sapa2 tau dak no telipon yg berniaga di kenanga tu???
    klau ada tolong bagi kat saya,
    whatsapp saya,0125854053

    ReplyDelete
  37. Thank you for taking the time to publish this information very useful! bulk candy

    ReplyDelete
  38. *very nice post, i certainly love this website, keep on it buy real instagram followers


    ReplyDelete
  39. Wallpaper ada tak kat situ?

    ReplyDelete
  40. Kat kenanga ni ade jual karpet patchwork tak??yg jenis cotton

    ReplyDelete
  41. I have read your excellent post. This is a great job. I have enjoyed reading your post first time. I want to say thanks for this post. Thank you...digital speaker cable

    ReplyDelete
  42. I love seeing blog that understand the value of providing a quality resource for free. club lights video

    ReplyDelete
  43. Ada tauke kedai jual jersi BPL borong tak? Klau ada boleh whatsapp sy 016-9586520. Sy nk beli borong..

    ReplyDelete
  44. Kenanga kalau beli banyak boleh ke dapat diskaun ?

    ReplyDelete
  45. ada jual jersi bola tak kat KWC? ada tak? tolong ler reply?

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...