TABUNG

30 March 2012

:: Sumber Inspirasi ::

Assalamualaikum..

Cuma entry ringkas yang aku nak taip. Kali ni bukan entry sedih yang buat korang nangis tup tap tup tap lagi. Kesian korang. Tapi, kali ni sekadar berkongsi rasa gembira.


Sumber inspirasi. Yes ! Aku mengaku aku punyai ramai wanita yang menjadi sumber inspirasi dalam berfesyen. Bukan fesyen seksi meksi tu taw. Tapi fesyen muslimah. Alhamdulillah, fesyen yang aku ikut merubah diri aku jadi seorang muslimah dan hidupan muka bumi yang positif.


Apa perasaan mereka yang menjadi sumber inspirasi tu? Aku pasti mereka sangat gembira sebab dah bawa ramai manusia lain ke arah yang positif. Jadi, bila aku menjadi sumber inspirasi? Sumpah! Aku sangat gembira.


Kalau orang lain mungkin akan terasa sakit hati atau menyampah dengan peniruan, pen'ciplak'kan atau macam macam 'pen' lagi lah. Tapi, untuk aku, aku sangat sangat berterima kasih dan berpuas hati.


Kalau korang jadikan aku sebagi sumber inspirasi dalam berfesyen, aku sangat menerima baik situasi tersebut. Tapi, kalau ada kecacat celaan aku yang korang jadikan sumber inspirasi, aku harap korang berpikir sebanyak lapanpulohlapan kali sebab korang akan menyesal kemudian hari ye. :)


Terima kasih sebab menjadikan aku sumber inspirasi atau idola. Errr* Tak layak kot nak sebut perkataan tu. Haish! Tapi, Allah je yang taw betapa aku gembira kerana dapat berkongsi idea dan sesuatu perkara yang baik dengan korang. Alhamdulillah.


Untuk itu, aku nak bagitahu yang korang sangat sangat sangat cantek kerana berpakaian sedemikian.



p/s ~ Selamat Hari Jadi buat Nurul Nabilah Takiuddin dan Kak Anis Ilyana Zainuddin (30.3.2012)

23 March 2012

:: Majlis Akad Nikah ::

Assalamaulaikum..
Good Evening,
Ni hao !


Coretan hari ni merupakan rentetan peristiwa yang berlaku beberapa hari yang lalu iaitu pada 17 Mac 2012. Melalui diari elektronik yang comel ni, aku nak kongsi pasal majlis yang penuh dengan emosi dan kegembiraan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Ada yang telah mendirikan masjid di dalam masjid. Harap masjid yang di bina akan terus menyediakan tempat untuk ummat di muka bumi ni beribadah.


Walaupun peristiwa tu dah berlalu lebih kurang seminggu tapi semua memori masih segar di dalam ingatan aku ni. Kenapa tak? Akak sulung aku, orang pertama yang telah terlepas dari ikatan dosa dan pahala daripada mak dan abah aku. Sebab, lepas ni semua dosa yang dilakukan akan menjadi beban kepada sang suami pulak.


Majlis akad nikah berjalan lancar. Lepas asar kami sekeluarga bertolak dari rumah ke Masjid Al- Ikhlasiah, Pantai Permai, KL untuk temujanji dengan Jurunikah yang dah buat beberapa bulan sebelum tarikh tersebut. Kakak aku dengan mak, abah naik kereta yang dipandu Pak Ndak.

Kami yang anak dara naik kereta abah yang dipandu oleh M.I.P. Thank you dear for your help as a driver. Apa-apa pun kami semua dah berada di perkarangan masjid dalam pukul 4.40 petang. Selesai asar, kakak aku dan bakal suami dah berada di dalam masjid untuk upacara akad nikah.


Sebelum tu, aku selitkan beberapa gambar istimewa sebelum majlis akad nikah.

 Dari kiri : Amad, Abah, Lina, Mak Siah.

 Berdebar ..

 My sisters. Nani dan Lina. Nani is the second and single ! Hahaha

 My sisters.. eqin and Lina.

 With my superSISTA !

 My classmates from UiTM, Perak yang sudi datang KL for our kenduri. Tq guys ! :)

 Eqin bersama kawan-kawan beliau. Ezaty, Jyjye dan Yusna. :)



My only brother. Amad, 16 y/o but he is taller than his superSISTA !

So, setelah semua dah bersedia, majlis akad nikah pon diadakan dengan Jurunikahnya Hj. Ghazali. Maaf, beliau merupakan seorang anggota polis di Bukit Aman tapi tak tahu la pangkat beliau apa. Huhuhu. Apa-apa pun beliau seorang yang kelakar. The sentence that i can't forget is " Sebarang gambar yang diambil di dalam masjid ni haruslah bersyarat iaitu perlu tag dekat saya di Facebook". Hahaha. Bergegar masjid dengan gelak ketawa saudara mara yang hadir.


Alhamdulillah dengan satu lafaz, kakak aku sah menjadi isteri kepada abang iparku. Eksaited sangat dapat abang sebab kitorang memang tak ada abang. Jom lah tengok gambar semasa dan selepas akad nikah.







So, gambar sudah menjelaskan segala-galanya kan? Tunggu sambungan untuk majlis resepsi pulak ye. Nak tidur dulu. Selamat Malam. :)

21 March 2012

:: Hadiah Hari Jadi Buat Abah dan Nani ! ::

Assalamualaikum..


ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN ABAH DAN NANI
ALLAH SELAMATKAN KAMU ! 


Alhamdulillah, 17 mac lepas genap 56 tahun umur Abah. Nani pulak dah masuk 26 tahun. Tak sangka birthday Abah dengan Nani tahun ni dapat hadiah istimewa. Oh! Sebelum tu aku nak bagitahu yang Abah dan Nani kongsi tarikh lahir yang sama. Hehehe


So, apakah hadiah istimewa kebabommm yang mereka terima? Hish! Jangan buat suspen macam cerita hantu seram kum..kum tang sini la. Actually aku nak kongsi hadiah mereka tahun ni dengan korang. Nak tahu? Ha, jom tengok sama-sama. Pejam mata dulu. Nanti aku kira sampai tiga baru bukak taw.

1





2






3






Taraaaa. Abah dapat hadiah menantuu.. Wooottt..woott ! Cayalah Abah. Hadiah terbesar untuk tahun ni. Yang bestnya aku dapat abang ! Aku tak pernah ada abang seumur hidup taw. Rasa macam nak melompat tinggi-tinggi je. Eksaited punya pasal.


Nani pun sama jugak. Dapat hadiah Abang ipar. Hahaha. Kitorang belum mampu lagi bagi hadiah, sebab kitorang kan pelajar ! Mana ada duit nak beli hadiah kan? So, diharapkan dengan hadiah terbesar ni dapat la memuaskan hati anda ye. :)


So, the wishes for both of you.. Hope Abah diberikan oleh Allah kekuatan, dan kesihatan tubuh badan untuk terus beribadat dan berada di sisi kami. Abah dah bersara so, banyak masa akan diluangkan bersama keluarga. InsyaAllah. For nani, hope dapat mencapai berat badan yang ideal. kehkeh. Eh, she's on diet taw. Sedang amalkan minum HERBALIFE. So far dah turun 4kilogram. Wah ! Ada peningkatan di situ.


So, setakat ni je. Nanti nak sambung entry pasal wedding day my sister yang berlangsung 18 Mac baru-baru ni. InsyaAllah. Selamat Malam. :)

04 March 2012

:: Tamat Sudah Sebulan Empatbelas hari ::

Assalamualaikum..


Entry penghabisan untuk cuti semester yang berjumlah sebulan empatbelas hari. Puas cuti ? Hahaha. For me ofcourse lah tak puas. Nak guling-guling atas katil lagi. Belum puas makan masakan ibu tercinta. Belum puas menonton Running Man bersama supersista and lil brother. Tapi, tak boleh nak elak. Kena jugak balik Seri Iskandar tercinta. Esok dah nak mula sesi 'persekolahan'.


Sabtu , 3 Mac 2012 aku dah plan nak pegi Market @Jaya One, PJ. Event yang macam biasa. Boleh beli baju murah banyak-banyak. Aku suka pegi sebab dapat beli baju dengan harga yang sangattttt murah dan mengikut fesyen semasa. Pada mulanya aku nak pegi dengan M.I.P. Tapi frust tertonggeng-tonggeng aku sebab die kena pegi keje. So, tak pelah, aku ade adik yang boleh temankan aku. Finally, aku pegi dengan EQIN.


Sampai-sampai sana agak sesat jugak ni pertama kali aku pegi Jaya One. Selalu aku pegi Jaya yang runtuh kat Seksyen 14 , PJ tu je. Pusing satu Jaya One mencari mana event tu ditempatkan dan hasilnya kitorang terjumpa dengan khemah putih tempat event tu berlangsung.


Semangat berkobar-kobar nak pegi sebab nak jumpe FARAH KHAIRUDIN tauke CALA QISYA. Ye, nak beli item dari Cala Qisya jugak. Memang awesome lah. Kalau boleh nak beli semua. Dah la, macam banyak sangat merepek. Jom tengok gambar nak?

 * Muka tak ready tapi nak buat macam mana. Ni satu je yang ada. Nak upload jugak. HAHA. Beliau merupakan peminat setia Lee Kwang Soo. Peminat Running Man yang tegar! :)


 * Masa ni eqin nak tangkap gambar tapi tetibe abang CALA MAN nak tolong tangkapkan. Hehehe. Maaf ye bang, tak taw nama. Huhuhu. Tapi, tenkiuuuu sangat!


* Yang ni pulak namanya hadiah berganda. Nak tangkap gambar dengan Farah tetibe si cantik manis ni datang. Pikir dua tiga kali. Sape la minah yang cun ni. Tetibe baru teringat. She is LYNA KAMAL. Wah! Tak sangka dapat face to face. Selalu baca blog beliau je. Huhuhu. Ke'eksaited'an melanda dikala itu. ^_^


Untuk korang yang terlepas nak pegi Market @ Jaya One , jom tengok cebisan-cebisan gambar dari kameramerah.



















 * This is the way they promote their booth i thought ! :)




Selepas bergegas keluar dari sana, kitorang terus bergerak ke Masjid Jamek untuk bertemu dengan lagi dua orang gadis yang comel. Janji untuk bertemu di Burger King yang terletak betol betol sebelah LRT Masjid Jamek.





Ok, hari yang sangat penat sebab kaki sampai lenguh berjalan. Tapi best sebab rasa kepuasan yang berganda. Anyway, tamat lah sudah misi SEBULAN EMPATBELAS HARI. Now, i'm back to Seri Iskandar to begin a new semester with a new hope and spirit. 


Thank you mom for the delicious food you cooked, thank you sisters for followed my foot to everywhere, thank you Man for bring me to everywhere I want. Thank you everyone. :)

02 March 2012

:: Abang Poslaju vs Santa Claus ::

Assalamualaikum..


Kalau Santa Clause selalu datang malam-malam, hantar hadiah yang comel dan banyak. Tapi, selalu tengok dalam cerita Krismas kat televisyen tu budak-budak takkan jumpa dengan santa. Mungkin ada yang akan jumpa dengan santa siap peluk cium lagi. Pastu santa pun bagi hadiah dalam stokin besar yang digantung dekat tempat pemanas rumah tu.


Tapi, Santa tak sehebat abang poslaju sebab santa cuma datang 25 Disember tiap-tiap tahun. Santa jugak dah tua dan tak larat bekerja. Santa jugak cuma bekerja satu hari setahun. Abang poslaju lagi hebat !!!


Abang poslaju muda, segak, bergaya dan ceria ! Wah ! Lagi satu abang poslaju kerja hari-hari kecuali Ahad kot. Abang poslaju pakai baju warna oren macam buah oren. Tiap-tiap kali datang umah, abang poslaju mesti ketuk pintu berirama. Tuk, tuk, tuk, tuk, tuk, tuktuk ! Cuba korang buat bunyi tu. Hehehe.


Abang poslaju akan datang dalam jam 10 pagi ke atas. Dah hafal dah. Oh! Mungkin sebab aku dan adik beradik yang lain memang kerap shopping online. Sekarang semua online shop menggunakan khidmat abang poslaju untuk hantar barang kepada pelanggan. Ada yang guna khidmat santa clause? Tak ada kan?? hehehe


So, hari ni tepat jam 10.30 pagi abang poslaju datang buat ketukan berirama kat pintu umah aku. Macam biasa. Pasti abang poslaju yang sama. Si kurus, tinggi, muka handsome ke? Alamak! Yang tu aku tak pasti sebab aku malu-malu itik untuk pandang muka abang poslaju. Bukan sebab abang poslaju tu terlampau handsome tapi sebab aku yang belum mandi pagi! :p


Pagi ni abang poslaju mintak sign kat dua kotak. Ha?? Kenapa ? Rupa-rupanya hari ni aku terima dua bungkusan. Bungkusan pertama dari www.kznabihah.com ! Cute sangat! Jom aku tunjuk. Inner eksklusif from KZNABIHAH.



Barang kedua yang abang poslaju bawak mai tadi ialah DAIM!!!!!



Daim ni aku order dari kawan aku yang duduk Langkawi. Aku kirim lah dekat dia. Lagipun aku dah pegi survey merata dah supermarket. MAHAL nak mamposss. Duabelasringgitsembilanpulohsen untuk seratus gram. Gila mahal! Yang ni aku boleh dapat dengan harga limabelasringgit sembilanpulohsen untuk tigaratus gram. Jimat kan?


Alhamdulillah, rezeki di hari Jumaat. Cewwah! Kalau ustaz Don dengar ni mau dia tangkap cintan dengan aku. Hahaha. Ok lah, so aku nak makan Daim puas-puas. Korang sila jeles ok! Untuk kaum adam, bersiap-siap untuk pegi solat jumaat. Jangan lupa temujanji korang ye.


Thank you sudi baca. Assalamualaikum! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...