TABUNG

04 July 2012

:: Cinta kerana Allah ::

Assalamualaikum..

15 minit sebelum..

Aku dan housemate dok sibuk belek-belek gambar kahwin Irma Hasmie dengan suaminya. Sweet sangat. Kalah gula-gula kapas yang kita hisap bukan sekali tapi berkali-kali sebab kecepatannya cair dalam mulut. Haih !

Sambil tu, aku bukak jugak belog adik comel yang satu ketika pernah hit dekat youtube pasal video lamaran dari bakal suami beliau. Si comel Dena Bahrin. Korang tak rasa ke mereka sweet ? Oh, kenapa ramai sangat yang kahwin ? Atau disebabkan usia aku yang semakin meningkat dan telah cecah lantai 20 membuatkan aku jadi begini? Sebelum ni ada jugak orang kahwin tapi aku tak ambik kisah pun. 

15 minit selepas...

Laptop di 'hibernate'. Aku simpan. Tutup lampu rumah dan terus baring atas katil yang tak berapa empuk. Nak tidur, mata masih bulat. Terdetik nak taip entry pasal ni. Dan disinilah aku akhirnya. :)

Cinta tak boleh dipaksa. Cinta selepas nikah itu indah. Cinta sampai nikah. Mana satu ? Haish! Pening kepala. Bukan sebab fikirkan diri sendiri tapi otak tengah berfikir cinta mana satu yang paling diredhai Allah ?

Indahnya cinta selepas nikah. Macam Dena Bahrin. Berkahwin dengan lelaki yang dia tak kenal. Dalam usia yang masih muda. 20 tahun ! Wow. Amazing. Macam mana nak harungi kehidupan selepas tu ? Keluarga dah confirm-confirm restu. Diri sendiri nak belajar terokai sikap si suami? Bagaimana? 

Alhamdulillah. Hubungan antara bukan muhrim terjaga. Bersentuhan hanya selepas nikah. Sangat indah. 




Credit gambar kepada : The Kliker Wedding Photography

Macam mana pulak dengan cinta yang ditemui di Tanah Suci Mekah? MasyaAllah. Sangat mengagumkan. Belum kenal, beum pernah bercinta. Berjumpa pulak di Tanah Suci. Kahwin dengan beliau. Dah tentu beliau beribadah di sana. Dah tentu beliau seorang yang kukuh agamanya. Dah tentu beliau boleh bimbing kita selepas nikah kelak. Tahniah Irma Hasmie kerana bertemu jodoh semasa sama-sama menjadi tetamu Allah. :)






Credit gambar kepada : The Kliker Wedding Photography


Antara cinta sesama manusia dan cinta terhadap Allah. Aku redha dan rela dirimu mencintai Allah lebih daripada mencintai diriku kerana aku yakin, apabila dirimu mencintai Allah lebih daripada mencintaiku, kau bukan sekadar mencintai diriku, malah pastinya kau redha dan sanggup berkorban apa sahaja sepenuh hatimu untukku dan bersama denganku. Dan semuanya yang kau relakan itu hanya kerana cintamu pada Allah SWT.

nfcs

No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...