TABUNG

30 September 2012

Span Untuk Naturactor

Assalamualaikum.


Entry ni untuk jawapan kepada entry pasal Naturactor Meiko fana buat dulu. Kalau belom baca boleh KLIK SINI . Naturactor yang fana pakai sekarang untuk kulit mulus tanpa cela. Cewwah ! Macam iklan kan. Tapi memang naturactor ni terbaek selain BB cream yang fana pakai sekarang.

Soalan yang ditanya hari tu oleh salah sorang pembaca blog fana. "Boleh tak bagitahu span yang sesuai untuk naturactor ni?". Jawapan fana, BOLEH ! Hahaha. Fana gunakan span ni sebab bentuk dia. Banyak jenis span yang boleh guna. Salah satunya span yang berbentuk segi tiga. Macam ni.


Span berbentuk segi tiga ni bagus sebab senang untuk sapu kat muka kita yang penuh berliku tu. Jadi, proses sapuan akan jadi lebih teratur dan rata. Span ni jugak agak kenyal dan sesuai la untuk sapu naturactor. Fana suka guna satu bahagian je span tu sampai dah terkoyak, baru fana guna bahagian segi yang lain. Hahaha. Satu span tu fana guna sebulan.

Selain span segi tiga tu, fana guna span ni jugak. Yang ni lebih tebal. Sudut segi dia tak terlalu tajam. Tapi selesa sangat. Sebab dia lebih tebal dari span segi tiga.


Cara sapuan pun penting jugak untuk naturactor tak bersepah kat muka. Lagi satu, kalau pakai naturactor, korang lebih elok tekan span ke muka. Bukan sapu main tarik-tarik. Naturactor tak dapat nak melekap elok kat muka. Tak dan sampai tempat yang dituju, muka dah bersepah dengan bedak. Tak ke terkejut bf korang. Hahaha.

Naturactor fana belum habis lagi. Walaupon dah lebih tiga bulan fana pakai. Jimat tak? Sebab fana guna setiap kali pegi kelas dan keluar jenjalan je. Kalau pegi pasar malam tu tak de la fana pakai. Nanti kang orang kata fana over pulak sampai ke pasar malam nak mekap kan?

Fana harap soalan yang diajukan hari tu terjawab. Oh, lupa pulak nak bagitaw kat mana nak beli span ni. Ok, span-span ni fana syorkan korang beli dekat SASA. Bermacam-macam segi ada. Kalau tak sure korang boleh tanya dekat sales assistant SASA.


xoxo,
nfcs

21 September 2012

:: Program Bersama Bekas Pelajar Tingkatan Enam ::

Assalamualaikum..

Draf entry yang sepatutnya di'publish'kan pada 15 Ogos 2012.

Tempat : Sepatutnya di Dewan Terbuka tapi ditukar ke Perpustakaan Sekolah

Hari ni segala beban yang ada di bahu dah hilang kesemuanya. Ya, mungkin aku tak sesibuk Ketua Pengarah Projek, Hakim. Tapi, segala apa yang aku dah buat walaupun sedikit sudah selesai. Alhamdulillah.

Cerita pasal Tingkatan Enam. Banyak kisah suka dan duka. Kalau kita tanya kebanyakan cikgu-cikgu kita, ramai yang melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam. Memang. Memang Tingkatan Enam bunyinya tak segah mana. Tak sehebat kolej-kolej yang terkenal. Dah la kena pakai uniform sekolah. Tapi, ni kebanggaan kami. Kami bangga kerana masuk ke Tingkatan Enam.

Kisah aku sendiri. Aku tak pernah terlintas untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam satu ketika dulu. Hal ini mungkin disebabkan aku kurang pengetahuan tentang Tingkatan Enam. Antara yang aku dengar, kalau masuk ke Tingkatan Enam, kita kena pulun habis-habisan, susah, buku tebal-tebal, kalau tak lepas kena buat diploma balik. Rugi masa.

Aku masuk Tingkatan Enam selepas diajak kawan-kawan. Result UPU kitorang mengecewakan. Lantas, kitorang ambil keputusan untuk sehati sejiwa ke Tingkatan Enam. Mulanya aku kurang berminat tapi selepas masuk ke Tingkatan Enam, aku rasa ni masa depan aku !

Gambar di atas merupakan gambar kenangan masa kami tingkatan enam rendah. Memang best. Kami berempat kawan dari sekolah menengah. So, tak hairanlah kenapa kami rapat masa di tingkatan enam. :)

Kad jemputan yang disediakan sendiri oleh aku.

Barisan Bekas Pelajar Tingkatan Enam yang hadir.

Cenderahati untuk Puan Pengetua.

Puan Sarimah Ahmad. Guru Bahasa Malaysia aku semasa di Tingkatan Enam merangkap Penyelia Tingkatan Enam.

Nabila, selaku Stress Manager.

Presiden Program, Hakim

Aku, selaku Setiausaha Program dan juga Pengerusi Majlis bagi sesi forum

Anis, selaku emcee. Bekas Penolong Ketua Pengawas.

Mereka memang gila. Itu yang buat aku rindu!

Aprizal, anak kesayangan Puan Maimon. Pakar Sejarah 

Ain, antara salah seorang pelajar cemerlang batch 2010

Semasa forum. Pengalaman tingkatan enam yang sangat berharga turut dikongsi.

Puan Pengetua, Puan Hajah Hamidah

Sebahagian pelajar-pelajar tingkatan enam yang menyertai program

Mungkin setakat ni sahaja sebab aku belum dalam keadaan yang sangat suka untuk teruskan menaip. :)

Pesanan dari kakak kepada adik-adik.
~ Tingkatan enam bukanlah jalan terakhir dek kegagalan adik-adik untuk melangkah ke menara gading. tetapi sebenarnya Tingkatan enam merupakan jalan pintas yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Bayangkan tempoh waktu antara kawan adik-adik yang ambil diploma. Kita berada di fast lane. Kukuhkan niat, teruskan usaha. Sebelah kaki adik-adik dah jejak menara gading. Lagi sebelah je perlu dibantu. InsyaAllah. :)

nfcs

05 September 2012

: KOLEKSI TERBARU KZNABIHAH BUTIK :

Assalamualaikum..

KZNABIHAH. Kalau korang nak tahu Butik KZNABIHAH ni merupakan satu-satunya butik online yang aku selalu ber'windowshopping'. Nak tahu kenapa? Sebab aku suka gila dengan design-design diorang. Bukan senang ada butik online yang sediakan design menggunakan blok-blok warna yang tengah trending tahun ni.

Lagi satu, Butik KZNABIHAH merupakan satu-satunya butik online yang menyediakan rekaan untuk pelbagai saiz. Daripada XS kepada 6XL !! Awesome bukan?

Disebabkan itu, aku nak join GIVEAWAY BLOGGER KOLEKSI TERBARU dari KZNABIHAH. Dulu, aku dah join Contest Gadis Blogger KZNABIHAH. Sekarang ni aku join untuk Koleksi Terbaru KZNABIHAH pulak. Nampak tak betapa istimewanya Butik KZNABIHAH  di mata aku? Ecehh !




Untuk koleksi yang terbaru, Butik KZNABIHAH ada sediakan PRINTED PALAZO LEOPARDLONG CARDIGAN BUTTON, dan yang ni jugak DRESS ADLENA yang laku macam pisang goreng ! Pastinya ramai yang dah berebut-rebut untuk order memandangkan rekaan Butik KZNABIHAH adalah edisi terhad ! Bagi DRESS SALOMA ARISHA yang comel dan sesuai dipakai remaja untuk bersiar-siar sambil tengok wayang. Mesti ramai kawan-kawan yang akan bertanya tentang Dress yang comel dan nampak terletak ditubuh. Sangat sesuai untuk gadis Muslimah! :)

LONG CARDIGAN BUTTON

PRINTED PALAZO LEOPARD

DRESS SALOMA ARISHA

DRESS ADLENA

CHIFFON BLAZER LEOPARD 3 QUATER


Sekarang ni nampak macam trend bila keluar memakai Blazer yang disuaipadankan dengan skirt atau seluar jeans. Kalau korang rasa susah sangat nak dapatkan blazer dengan rekaan yang cantik tapi murah, Butik KZNABIHAH ada jual. Tak ada masalah kan kalau korang nak pilih warna yang sesuai. Cuma perlu ke website http://www.kznabihah.com atau terus ke link Chiffon Blazer Leopard 3 Quater.

Untuk harga dan juga saiz, korang boleh tengok terus ke website dan jugak akaun facebook KLIK SINI. Apa yang pasti, aku pun akan cepat-cepat dapatkan koleksi terbaru KZNABIHAH sebab kualiti kain yang digunakan sangat bagus. Tauke KZNABIHAH iaitu Cik Bihah memilih untuk menggunakan LYCRA AAAA. Memang lembut dan sejuk dibadan. Tak risau tentang keselesaan. :)

Untuk itu, aku sarankan kepada semua pembaca blog aku yang tak berapa comel ni untuk cepat-cepat dapatkan KOLEKSI TERBARU KZNABIHAH BUTIK yang super duper awesome meletup kebabom ! Korang akan rugi sangat kalau tak beli sebab kat kedai memang tak ada. Hanya boleh didapati di BUTIK KZNABIHAH 

Disebakan aku dah join Giveaway ni, makanya aku akan tempekkan empat orang kawan aku jugak untuk join. Here we go !




nfcs
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...