TABUNG

30 September 2012

Span Untuk Naturactor

Assalamualaikum.


Entry ni untuk jawapan kepada entry pasal Naturactor Meiko fana buat dulu. Kalau belom baca boleh KLIK SINI . Naturactor yang fana pakai sekarang untuk kulit mulus tanpa cela. Cewwah ! Macam iklan kan. Tapi memang naturactor ni terbaek selain BB cream yang fana pakai sekarang.

Soalan yang ditanya hari tu oleh salah sorang pembaca blog fana. "Boleh tak bagitahu span yang sesuai untuk naturactor ni?". Jawapan fana, BOLEH ! Hahaha. Fana gunakan span ni sebab bentuk dia. Banyak jenis span yang boleh guna. Salah satunya span yang berbentuk segi tiga. Macam ni.


Span berbentuk segi tiga ni bagus sebab senang untuk sapu kat muka kita yang penuh berliku tu. Jadi, proses sapuan akan jadi lebih teratur dan rata. Span ni jugak agak kenyal dan sesuai la untuk sapu naturactor. Fana suka guna satu bahagian je span tu sampai dah terkoyak, baru fana guna bahagian segi yang lain. Hahaha. Satu span tu fana guna sebulan.

Selain span segi tiga tu, fana guna span ni jugak. Yang ni lebih tebal. Sudut segi dia tak terlalu tajam. Tapi selesa sangat. Sebab dia lebih tebal dari span segi tiga.


Cara sapuan pun penting jugak untuk naturactor tak bersepah kat muka. Lagi satu, kalau pakai naturactor, korang lebih elok tekan span ke muka. Bukan sapu main tarik-tarik. Naturactor tak dapat nak melekap elok kat muka. Tak dan sampai tempat yang dituju, muka dah bersepah dengan bedak. Tak ke terkejut bf korang. Hahaha.

Naturactor fana belum habis lagi. Walaupon dah lebih tiga bulan fana pakai. Jimat tak? Sebab fana guna setiap kali pegi kelas dan keluar jenjalan je. Kalau pegi pasar malam tu tak de la fana pakai. Nanti kang orang kata fana over pulak sampai ke pasar malam nak mekap kan?

Fana harap soalan yang diajukan hari tu terjawab. Oh, lupa pulak nak bagitaw kat mana nak beli span ni. Ok, span-span ni fana syorkan korang beli dekat SASA. Bermacam-macam segi ada. Kalau tak sure korang boleh tanya dekat sales assistant SASA.


xoxo,
nfcs

No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...