TABUNG

31 July 2013

: Preview Filem The Conjuring :




The Conjuring Bersama Budiey
Tempat : Cathay Cineplex, Sunway Piramid
Tarikh : 29 Julai 2013
Masa : 9.00 - 11.00 malam





The Conjuring adalah filem seram Amerika 2013 yang diarahkan oleh James Wan. Dibintangi oleh Patrick Wilson dan Vera Farmiga sebagai Ed dan Lorraine Warren, penyiasat paranormal yang datang untuk membantu keluarga Perron (dibintangi oleh Ron Livingston dan Lili Taylor), yang sedang mengalami peristiwa-peristiwa yang semakin membimbangkan di ladang mereka di Harrisville, Rhode Island pada tahun 1971.

Pada tahun 1971, Carolyn dan Roger Perron berpindah ke usang, rumah ladang lama di Harrisville, Rhode Island, dengan lima orang anak mereka, Andrea, Nancy, Christine, Cindy, dan April. Pada hari pertama, keluarga bergerak lancar kecuali anjing mereka, yang enggan masuk dalam rumah. Pada malam mereka berpindah, anak-anak Carolyn bermain permainan yang dipanggil "Hide and Clap".

Semasa bermain, salah seorang daripada mereka mendapati ada pintu sehingga ke gudang. Selepas itu Roger memeriksa bawah tanah. Carolyn meluahkan kebimbangan kerana anjing mereka terus-terusan menyalak di luar, dan dua daripada anak-anak perempuan mereka merasakan seseorang menarik kaki mereka sewaktu tidur.

Pada waktu pagi, Carolyn bangun dengan lebam misteri dan anjing mereka ditemui mati. Selepas beberapa hari, pelbagai aktiviti paranormal berlaku, pintu terbuka dengan sendirinya, semua jam mereka berhenti pada masa yang sama iaitu 3.07 a.m, dan Carolyn mendengar bunyi orang tepuk tangan sedangkan tiada siapa di sana.

 Pada waktu malam, Cindy sleepwalking ke bilik tidur Andrea, di mana dia menghantuk kepalanya berkali-kali pada pintu almari lama. Keadaan menjadi makin teruk pada satu malam apabila Roger berada jauh di Florida. Carolyn dikunci di tingkat bawah tanah manakala Andrea diserang oleh semangat yang kelihatan seperti seorang wanita tua.

Carolyn meminta bantuan Ed dan Lorraine Warren, penyiasat paranormal, untuk merungkai misteri di rumah mereka. Mereka menjalankan siasatan awal, dan kesimpulannya mereka perlu melibatkan diri. Mereka menjelaskan kepada keluarga Perron bahawa rumah itu mungkin memerlukan upacara penyucian. Walau bagaimanapun, upacara tersebut tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran daripada Gereja Katolik serta Vatican.

Dalam proses penyelidikan sejarah rumah itu, Ed dan Lorraine mengetahui bahawa rumah itu milik seorang ahli sihir, Batsheba. Apabila suami Batsheba itu ditangkap beliau mengorbankan anak mereka, dia memanjat ke atas pokok, mengutuk semua orang-orang yang akan mengambil tanah itu, dan mengisytiharkan cintanya terhadap Iblis sebelum membunuh diri. Ini diikuti oleh laporan yang terdapat banyak pembunuhan dan bunuh diri di rumah-rumah yang telah pun dibina di atas harta itu.

Ed dan Lorraine kembali ke rumah dengan seorang pembantu bernama Drew dan seorang pegawai polis yang dinamakan Brad, dalam usaha untuk membuktikan semangat Batsheba sedang mendiami rumah itu dan menerima kebenaran dari Gereja Katolik. Tiada apa-apa yang berlaku sehinggalah malam tiba, apabila Cindy mula sleepwalking lagi.

Untuk tahu apa yang terjadi selepas tu, korang kena tengok filem The Conjuring yang akan mula ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia pada 1 Ogos 2013. Jangan tak tengok taw. Banyak kes-kes misteri yang boleh buatkan korang tak tenang tidur malam, takut drive sorang, takut dengan pokok besar dan banyak lagi la. Hihihi

Oh ya, menurut pengarah The Conjuring, filem ni merupakan kisah benar yang berlaku satu ketika dulu dan tak dapat diselesaikan. Watak penyiasat paranormal Ed dan Lorraine juga merupakan kisah benar. Patung Anabelle juga kisah benar.



Amaran : Wanita sarat mengandung disarankan supaya jangan tengok filem ni.

Selamat menonton !


nfcs

: The Conjuring Bersama Budiey :

Assalamualaikum...


Isnin baru-baru ni, satu majlis pratonton filem The Conjuring telah diadakan. Jadi, Budiey telah edarkan lebih kurang seratussepuloh keping tiket iaitu satu hall untuk follower beliau.



Majlis pratonton diadakan di Cathay Cineplex, eCurve Damansara bermula jam 9 malam sehingga 11 malam.

Memandangkan pendaftaran akan dibuka jam 8 malam, maka kitorang decide untuk berbuka dekat IKEA je. Maka, ber'meatball' la kitorang !

Perkara paling frust yang jadi kat aku on that day ialah bila aku bawak kamera merah dengan penuh eksaited TANPA membawa memory card! Dush. Tetibe rasa merah je muka sebab satu tumbukan telah hinggap di muka.

Nasi dah jadi bubur. Sedih sesangat sebab tak dapat nak tangkap gambar bebanyak. Macam-macam cara yang SJ fikir untuk 'menghidupkan' kamera merah. Guna external hard disk la, nak beli adapter la, macam-macam !

Last-last Kak Asyik hulur memory card dia. Katanya guna kamera merah je la. Tetiba dunia jadi terang balik. Tadi macam dah nak hujan. Hahaha. Good idea. So, kitorang pun guna la memory card dari kamera kak Asyik. Huhuhu. Thank you so much akak ! Muahx kat pipi sikit. Hehehe

Selesai berbuka, terus gerak ke Cathay Cineplex untuk daftar.




Aku, Kak Asyik, Syafiqah Hashim dan SJ dapat jemputan. Terima kasih kak Asyik sebab baik hati sedekah tiket kat fana ! Hihihi. Ramai lagi blogger dan artis yang join "The Conjuring Bersama Budiey" ni.










Sebelum majlis pratonton bermula, Budiey membuat cabutan bertuah juga! Aku dengan Kak Asyik la orang paling eksaited. Hadiah cabutan bertuah merupakan gadget dan banyak lagi.

Malangnya kitorang tak bertuah langsung. Sedih! Jadi, tumpang gembira je la untuk yang bertuah tu.



Untuk filem The Conjuring ni, aku bagi lima bintang sebab cerita dia sangat seram. Kalau nak tengok cerita hantu biar betul-betul seram. Kalau tak bukan cerita hantu nama dia kan?

Okay, The Conjuring akan start ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 1 Ogos 2013. So, korang kena pegi tengok ! Rugi wey tak tengok sebab The Conjuring merupakan filem paling seram abad ini. Gitewwww!

Jangan lupa bawak kain tuala, bantal or apa-apa sebab aku rasa korang sangat perlu sesuatu untuk tutup mata. The Conjuring ada seram, sedih, romantik dan semua feel tu menjadikan filem ni filem yang paling tak bosan untuk ditonton.



Aku akan update preview pasal cite ni kat next entri okay!

Untuk korang yang belum jadi follower Budiey, boleh follow beliau dekat instagram, facebook dan twitter. Baca la website Budiey sebab korang takkan tertinggal satu pun cerita terkini. :)


nfcs



28 July 2013

: #ChurpoutBukaPuasa @ Restoran Bijan :

Assalamualaikum..


Alhamdulillah. Rezeki dibulan puasa mungkin. Entah kenapa, bulan puasa kali ni asik dapat makan percuma je. Datang bawak perut je. Hihihi. Rezeki Allah nak bagi. :)


Semalam, 27 Julai 2013 bertempat di Restoran Bijan, Jalan Ceylon Kuala Lumpur, satu majlis berbuka puasa anjuran Churp2 Malaysia telah pon diadakan. Untuk pengetahuan korang, setiap tahun Churp2 akan adakan #ChurpoutBukaPuasa ni bagi meraikan para churpers sekalian.


Alhamdulillah sebab tahun ni aku diberi peluang merasai sendiri suasana sebagai seorang Churper ! Sebelum ni aku cuma tengok dari jauh je taw. Hukhukhuk. Terima kasih kak Asyik yang baik hati sebab sudi ajak diri ini turut menghadiri majlis sebagai partner. Hamboih ! Ayat. Hihihi


Majlis sepatutnya bermula jam 6.30 petang tapi disebabkan pelbagai kekangan, aku dan Kak Asyik terpaksa 'melapor diri' di Restoran Bijan jam 4 petang. Banyangkan dua jam dalam tu cuma kami dua orang sahaja Churpers yang baru hadir.



Untuk elakkan bosan tahap ubat nyamuk fumakila yang melingkar tu, kitorang pun pusing satu restoran untuk ambik gambar apa yang patut. Berguna jugak untuk update blog kan?

Hiasan dalaman di Restoran Bijan


Okay, mula-mula aku nak cerita pasal Restoran Bijan. Bak kata adik aku, hari tu pegi Restoran Serai, now Bijan pulak. Ape ke pelik-pelik nama restoran ni. Hahaha. Nama macam pelik tapi makanan kat sini punyalah sedap. Tak tahu nak explain macam mana tapi memang sedap gilaaaaaaaa !





























Untuk korang yang nak berbuka puasa dekat luar, dan makan makanan yang sedap-sedap untuk berbuka, boleh la pegi berbuka dekat Restoran Bijan sebab makanan diorang memang sangat puas hati. Semuanya sedap. Tak ada satu pun yang tak sedap. Hidangan berkonsepkan buffet. Restoran ni area Bukit Bintang. Pepandai korang cari ye.




Bergambar dengan blogger yang cantik dan comel-comel ni. Jom singgah blog mereka. Banyak tips, pengalaman dan macam-macam lagi la. Tak percaya pegi tengok sendiri. Hihihi

Me, Kak Asyik dan Syafiqah Hashim


Ofcourse I Love Churp2 ! :)

Sementara menunggu yang lain sampai, kitorang serbu photobooth dulu. Banyak sangat prop yang disediakan. Tak tahu nak pegang mana satu. Rasa macam nak pegang semua. Semua prop cantik-cantik.




Antara hadiah yang disediakan oleh pihak Churp2 kepada para churpies. Comel ! Rasa macam nak semua. Sobs. Sobs. Sobs.



Sementara menunggu waktu berbuka, para churpers diminta meninggalkan apa-apa ucapan di "Wishing Tree". Apa yang aku tulis? Hahaha. Shhhhhhh !



Wishing Tree


Antara banyak-banyak meja dalam restoran, meja kitorang yang paling full ! Mana taknya sebab semua makanan sedap-sedap. Hihihi. Terima kasih Restoran Bijan dan Churp2 ! :)



Sambil para churpers berbuka puasa, kami dihidangkan oleh nyanyian lunak merdu dari Clement and Crystal. Mereka menyumbangkan tiga buah lagu kalau tak silap. Hotel California, Balik Kampung dengan Kau Ilhamku. Sedap sangat suara diorang !




Spotted redmummydotcom with her family ! Tak sangka taw dapat tengok Kak Red depan-depan. Selalunya di alam maya je. Hikhikhik.



Antara game yang dijalankan semalam di #ChurpoutBukaPuasa.




Dalam pada para churpers tengah eksaited main game, tetiba ada pengumuman bahawa ada churper's birthday hari tu. Jeng. Jeng. Jeng. Surprise ! Paling best bila surprise tu dirancang oleh girlfriend beliau dengan para churpies. Oh, romantiknya Farah. So, happy birthday to Fareez ! You are so lucky. :)



Untuk ice-breaking session, para churpers diarahkan supaya tangkap gambar dengan sepuloh orang churpers yang berbeza. Siapa dapat tangkap gambar dengan sepuloh orang churpers dalam tempoh paling singkat akan dapat Churpy Bird. Yeayyy ! And me won that Churpy Bird. Thank you Churp2 !






Terima kasih kepada Kak Asyik sebab beliau yang ajak aku pegi #ChurpoutBukaPuasa ni. Baiknya hati. Nanti boleh ajak lagi. Hehehe. Seronok dapat kenal dengan beliau. Beliau merupakan blogger aktif ! Jom melawat blog beliau. KLIK SINI.

Kak Asyik


Outfit of the day. 

Tudung bawal emerald green. Cotton batwing blouse and inner. Super size emerald green palazo bought at Kenanga Wholesale City (KWC). Flat wedges yang sangat selesa. Handbag from Charles and Keith.


Jadi, disini ada pesanan dari seorang churper kepada para churpers. Harap kita dapat jumpa lagi dan teruskan menjadi churpers yang sukses. Buat para Churpies, terima kasih. Kami enjoy sangat dengan event yang dijalankan and you guys are awesome ! Sporting habis. Till we meet again #Churp2 !


Antara blogger yang hadir :


Jom daftar dengan Churp2 untuk dapat jadi sebahagian daripada churpers !

Instagram : ChurpChurp Malaysia
Facebook : ChurpChurp
Website : ChurpChurp
Twitter : Churp2

nfcs

23 July 2013

Majlis Iftar Bersama Sheikha Hub

Assalamualaikum..






Sabtu baru-baru ni, 20 Julai 2013 satu majlis berbuka puasa yang santai namun eksklusif telah dianjurkan oleh Sheikha Hub bagi mengumumkan bahawa mereka akan mengambil bahagian dalam pertunjukan fesyen berprestij Melbourne Spring Fashion Week (MSFW) yang bakal berlangsung pada 31 Ogos sehingga 8 September 2013.


Kronologi majlis. 

Majlis yang bermula jam 6 petang itu sangat ringkas apabila bermula dengan sedikit ucapan daripada Datin Norzihan, kemudian berlangsung mini fashion show bagi memperagakan rekaan empat pereka muda daripada Ammara Boutique, Mimpi Kita, Saraya Zahret, dan Azura Azwa. Selepas itu, sambil menanti waktu berbuka, tetamu dihidangkan dengan bacaan beberapa potong ayat Al-Quran daripada Ustaz yang dijemput khas. Ustaz tersebut juga mengazankan maghrib dan tetamu berbuka puasa dengan hidangan buffet yang disediakan oleh Serai.








Majlis berbuka puasa yang diadakan di Serai, Life Centre tersebut berlangsung dalam keadaan santai dan tenang. Suasana restoran yang agak kondusif buatkan para tetamu berasa selesa. Dengan hiasan bunga-bunga segar di atas meja dan susunan meja yang sangat teratur. Good environment Serai !



Makanan yang dihidangkan secara buffet kepada para tetamu juga sangat enak. Terdapat pelbagai jenis lauk daripada daging kambing, ayam, udang, ikan dan sebagainya. Selain nasi, turut dihidangkan adalah menu barat dan pantai timur. Bagi pencuci mulut, Serai menyediakan pavlova, tart pisang, cendol dan juga pelbagai kuih-muih tradisional. Maaf, tak sempat nak tangkap gambar makanan yang sedap-sedap dekat Serai tu.




Majlis dihadiri lebih dari 100 orang tetamu yang dijemput oleh pengasas Sheikha Hub sendiri, Datin Norzihan Ahmad Latt. Tetamu yang hadir terdiri daripada wartawan, jurufoto, pereka fesyen, selebriti dan para blogger.




MSFW yang akan diadakan di Federation Square, Melbourne, Australia bakal menyaksikan seramai 16 pereka fesyen yang terpilih memperlihatkan hasil rekaan mereka di pentas peragaan bertaraf dunia itu. Yang lebih menarik, Sheikha Hub akan diwakili oleh empat orang pereka muda dari jenama MIMPI KITA, SARAYA ZAHRET, AZURA AZWA dan AMMARA BOUTIQUE. Disamping itu, ianya bersesuaian dengan matlamat Sheikha Hub iaitu mengetengahkan pereka-pereka muda yang berbakat ke peringkat antarabangsa.


Salah satu rekaan daripada Mimpi Kita

Salah satu rekaan daripada Saraya Zahret. Model, merupakan Wajah Sheikha Hub.

Salah satu rekaan daripada Ammara Boutique

Model kiri dan kanan memperagakan koleksi raya daripada Azura Azwa. 

Barisan model dan pereka fesyen

Berpeluang bersembang dengan lebih dekat dengan pengasas Sheikha Hub, Datin Norzihan beliau sangat humble dan peramah. Beliau merupakan salah seorang usahawan yang boleh dijadikan contoh. Beliau sangat lemah-lembut dan bergaya ! Yes, that's the words.


Bersama pengasas Sheikha Hub, Datin Norzihan Ahmad Latt

Menurut Datin Norzihan, beliau sendiri tidak menyangka dan masih terkejut sewaktu menerima email daripada penganjur MSFW untuk mengajak Sheikha Hub ke Melbourne bagi memperagakan fesyen pereka tempatan yang bernaung di bawah Sheikha Hub.


Datin Norzihan, Pengasas Sheikha Hub.

Menurut Datin Norzihan lagi, portal Sheikha Hub baru sahaja dirasmikan pada 29 Jun 2013 yang lalu dan langsung mereka mendapat jemputan daripada pihak penganjur MSFW. "Ini adalah satu penghormatan yang tinggi kepada kami khususnya kepada industri fesyen muslimah negara" ujar Datin Norzihan.


Selain memperkenalkan pereka-pereka muda yang akan dibawa terbang ke Melbourne bulan Ogos nanti, Sheikha Hub turut mengumumkan Duta bagi portal Sheikha Hub iaitu pelakon terkenal yang kini berhijab, Natasha Hudson.






Dalam bulan September nanti, Sheikha Hub akan mengumumkan pencarian pereka fesyen "Designer Search" terbuka kepada pereka fesyen daripada Malaysia, Qatar dan United Arab Emirates. Pemenangnya akan diumumkan di Doha, Qatar.


Sheikha Hub memberi peluang kepada ramai pereka fesyen diluar sana yang ingin menonjolkan bakat mereka dengan memberi ruang dan nasihat oleh mentor-mentor yang telah dilantik oleh krew Sheikha Hub. Tiada bayaran yang dikenakan kepada pereka yang mendaftar dengan Sheikha Hub dan ini merupakan platform bagi ramai pereka muda untuk melebarkan sayap dalam bidang fesyen.


Untuk maklumat lanjut layari :  
Instagram : Sheikhahub
Facebook : SheikhaHub


Terima kasih kepada Asyik sebab mewakilkan fana ke Majlis eksklusif ni. Alhamdulillah, fana enjoy sangat di majlis berbuka puasa anjuran Sheikha Hub ni sebab semua orang sangat mesra termasuk pengasas Sheikha Hub sendiri, Datin Norzihan.


Fana juga berkesempatan berjumpa dengan salah seorang fashion blogger yang fana minat gila dan kagum dengan fesyen beliau iaitu SHEA RASOL

Bersama Shea Rasol

Salah seorang model dan juga pengacara televisyen, Hijab Stailista di TV9 yang fana kagumi sejak beliau menjadi pemenang Dara.com, Ameera Zaini. Tak sangka juga dapat berjumpa dengan meera yang cantik dan sangat peramah ni.

Bersama Ameera Zaini

Terima kasih Sheikha Hub untuk goodies yang sangat ohsem jugak !





Hijab Fesyen merupakan majalah fesyen untuk para hijabi yang terbaru oleh Utusan Karya. Banyak info tentang hijab dan fesyen didalam.


Me in a Bianca Dress by The Poplook and very simple shawl style using Jojet.

Itu sahaja perkongsian mengenai Majlis Iftar Bersama Sheikha Hub, terima kasih Sheikha Hub !


xoxo,
nfcs
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...