TABUNG

28 August 2013

: Voucher Diskaun Maxi Dress Afina Dari Blog Miss Muralysm dan KZNABIHAH BOUTIQUE :

Assalamualaikum...


Hai semuaaaaa ! Cewwah. Entri kali ni mungkin dapat bagi rezeki lebih kat korang semua si peminat design-design KZNABIHAH ! Diskaun ! Diskaun !

MAXI DRESS AFINA EXCLUSIVE


Sebelum ni aku ada buat entri pasal KZNABIHAH BOUTIQUE dan sejujurnya KZNabihah merupakan salah satu online shop dan offline shop yang sering aku kunjungi. Sebab apa? Sebab design muslimah yang sangat cantik, stylo dan sopan gitu ! Haaaa, kan dah ghupe HIJABISTA dah.



Untuk korang yang masih baru mengenali tentang KZNABIHAH BOUTIQUE ni, meh sini aku nak kongsikan beberapa fakta menarik mengenai KZNABIHAH BOUTIQUE.

Details tentang KZNABIHAH BOUTIQUE

  • Produk keluaran KZNABIHAH adalah berkualiti tinggi, tidak sama dengan penggunaan material lycra yang berada dipasaran. Sangat berbeza kerana material kami lembut dan jatuh terletak.
  • Semua koleksi KZNABIHAH direka sendiri dan dijahit dalam producton house kami sendiri. Oleh itu, semua item eksklusif serta tiada persamaan dengan tempat lain kecuali peniruan tetapi masih juga tidak boleh dibandingkan dengan kualiti.
  • Semua warna-warna keluaran kami sangat menawan dan anda sukar nak dapatkan tone warna yang sama seperti di KZNABIHAH kerana kami adalah eksklusif tetapi masih mampu milik.
  • Koleksi kami ada daripada saiz S sehingga ke saiz 6XL, anda cuma perlu memilih mengikut carta ukuran yang telah diberikan.
  • Jangan rasa anda terlampau besar kerana kebiasaannya pembeli di KZNABIHAH memilih saiz terlampau besar kerana merasakan mereka sangat besar dan kain kami melekap. Kemudiannya menyesal kerana tersalah anggap. =) Tipsnya, anda perlu membeli pita ukur kemudian membuat ukuran sendiri sebelum membeli.
  • Sebarang masalah kami sudi selesaikannya untuk pembeli bagi menyenangkan pembeli.
  • Segala urusan pembelian perlu dibuat di website atau email kami.

Website : www.kznabihah.com
Facebook : Kznabihah Boutique
Instagram : KZNABIHAHBOUTIQUE

Butik Offline : No 20-02, Seri Bangi, Jalan 8/35, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.


Jadi, baru-baru ni KZNABIHAH mengeluarkan satu produk rangkaian terbarunya iaitu MAXI DRESS AFINA EXCLUSIVE. Sangat cantik, kelihatan terletak dan begitu bergaya. Harga bagi Maxi Dress Afina Exclusive ini ialah RM 155 bagi bukan member.



MATERIAL : LYCRA GRED AAA
(TIDAK MELEKAP,LEMBUT, SELESA & SEJUK )

Rujukan labuh kain :

HEIGHT :
53inchi FOR : 154cm - 159cm
55inchi FOR : 160cm - 168cm
58 inchi FOR : 169cm - 176cm



BREASTFEED FUNCTION :
Anda boleh buat tempahan khas dengan kami dengan tambahan RM15.00 ini kerana kami telah menambah baik daripada design breastfeed yang lepas. Kali ini leher lebih lebar & kami sekalikan dengan jahitan inner di dalam memudahkan anda hanya menarik sahaja semasa penyusuan.


Haaaaa, kali ni KZNABIHAH bekerjasama dengan BLOG MISS MURALYSM untuk bagi korang diskaun kalau korang nak beli MAXI DRESS AFINA EXCLUSIVE ni. Macam mana? Macam mana? Caranya ialah korang guna voucher bawah ni untuk buat order di KZNABIHAH BOUTIQUE dan berikan kod voucher sekali iaitu FARHANA / KZNABIHAH.

Tarikh sah voucher : 31 Oktober 2013

Voucher code : FARHANA / KZNABIHAH



Jangan lupa bagi kod voucher untuk order taw ! Kalau tak nanti tak dapat diskaun ye anak-anak ! Attach sekali dengan voucher di atas ye.


Okay, untuk lebih details tentang MAXI DRESS AFINA EXCLUSIVE ni boleh terus rujuk di website KZNABIHAH di SINI


Cepat order sebelum stok habis! Voucher cuma boleh digunakan sehingga 31 OKTOBER 2013 sahaja taw ! Diskaun menanti anda ! Terus order di www.kznabihah.com sebelum tarikh sah voucher tamat okay ! :)



nfcs


: #TheMillersBersamaBudiey @ TGV Cinemas, One Utama :

Assalamualaikum...




Semalam, telah berlangsung Majlis Tayangan Eksklusif filem We're The Millers di TGV Cinemas, One Utama. Terima kasih budieydotcom sebab bagi tiket percuma ni. Ramai lagi follower budieydotcom yang hadir ke tayangan ni. 


#TheMillersBersamaBudiey merupakan tayangan kedua aku join selepas #TheConjuringBersamaBudiey



We're the Millers adalah filem komedi terbaru yang dibintangi oleh Jennifer Aniston. Filem arahan Rawson Thurber ini menarik kerana ia menceritakan tentang kisah sebuah keluarga yang aneh dan kelakar habis dan mereka terjebak dengan dadah ! Empat karakter yang terdapat dalam keluarga ini masing-masing dibawa dengan cemerlang. 


Si bapa, David Miller (bukan nama sebenar) merupakan seorang pengedar dadah manakala si ibu pula, Rose Miller merupakan seorang penari bogel di kelab malam. Anak lelaki mereka, Kenny Miller merupakan seorang remaja lelaki yang innocent dan tak tahu bersosial dan anak perempuan mereka, Casey Miller merupakan gelandangan yang selalu lari dari rumah.


Keempat-empat watak bukan sebenar ini dimainkan dengan baik supaya mereka dapat masuk ke Mexico untuk membawa pulang dadah dan mereka sanggup melakukannya atas sebab duit. 


Cerita ni lucu habis sebab korang akan gelak tak ingat dunia dari awal sampai habis tayangan. Macam-macam cabaran yang mereka hadapi sepanjang perjalanan dalam RV (recreation van) yang dipenuhi ganja tersebut.


Diingatkan ye, cerita ni cuma boleh ditonton oleh mereka yang berumur 18 tahun ke atas je. Sebab banyak kisah dan perkataan yang tak berapa sedap akan didengar. Sebelum menonton pastkan korang dah bukak minda seluas-luasnya, tak perlu nak "eeeuuuwwww" la  ape la. Memang banyak perkataan-perkataan 18SX yang akan dipertontonkan.


Kalau yang rasa tak boleh bukak minda dan terlalu sempit pemikiran tu, disarankan supaya korang tengok movie lain je la ye. Bagi aku, takde apa yang teruk sangat pon. Semuanya normal. Hahaha. Masih dapat dikawal. Perkataan-perkataan seperti "fuck", "sex", dan banyak lagi la yang korang akan dengar dalam movie ni. So? Fikir-fikirkan. Hahaha


Sebelum tayangan bermula, sempat juga kitorang bergambar. Tema baju untuk screening semalam dah ditentukan oleh Budiey sendiri iaitu BIRU. :)



Antara blogger yang hadir. 






Menggila dalam One Utama yang dah lengang sebab dah pukul 12 tengah malam masa tu.



#ootdkonon. Cuma beberapa helai pakaian yang sangat simple. Tudung bawal biru, kemeja denim biru, jeans kelabu dan kasut pinochio kegemaran ! :)



Okay, dah bukak minda? Jangan lupa tonton We're The Millers yang akan mula ditayangkan pada 29 Ogos 2013 ni ye ! Have fun ! :)



nfcs

: Nom Nom Media Charity Screening - The Mortal Instrument : City of Bones :

Asslamualaikum..


Har Sabtu lepas, 24 Ogos 2013 dengan penuh semangat kebajikan ni aku dan rakan bloggers yang lain dapat special invitation untuk special charity screening yang dianjurkan oleh HOPE Worldwide Malaysia dengan kerjasama Nom Nom Media dan Churp2 ! Yeayyy!




Sambil menonton sambil melakukan kebajikan la kot. So, movie yang dipertontonkan ialah The Mortal Instrument : City of Bones. Cerita yang membawa imaginasi kita ke satu tahap yang lebih tinggi. Mungkin juga kena luaskan pengetahuan mengenai banyak perkara ghaib yang wujud dalam dunia ni.


Cerita yang best dibantu dengan pelakon yang cantik dan kacak belaka. Latar cerita pada mulanya agak berat sebab mungkin imaginasi aku belum tinggi tahap itu. Tapi, lambat-laun dapat jugak aku catch up cerita tu. Yang bestnya diselitkan babak-babak romantik juga.


Unsur syaitan dan makhluk halus juga ada dalam cerita ni. Yang paling banyak ialah syaitan la sebab syaitan menjelma dalam pelbagai bentuk termasuk la anjing, si tukang tilik dan banyak lagi.


Yang paling sedih bila unsur kekeluargaan juga dipertontonkan. Sedih bila Clary dan Jonathan yang sudah mula mencintai satu sama lain terpaksa terima hakikat bahawa diorang sebenarnya adik beradik ! Oh tidakkkkkk! Mesti tak boleh terima kan? Huhu


Okay, untuk itu, aku nak ucap bebanyak terima kasih dekat ChurpChurp sebab bagi tiket free ni. Satu hall penuh dengan Churpers ! Yeayyy!


Antara Churpers yang hadir.




Itu saja. Terima kasih yang tak terhingga sekali lagi kepada ChurpChurp sebab sudi invite kitorang ! :)


nfcs

16 August 2013

Tampil Lebih Cerah di Hari Raya dengan Fair & Lovely by SyafiqahHashimXOXO

Assalamualaikum..


Satu lagi giveaway Fair & Lovely ni dijemput khas oleh blogger stylo, comel dan cantik Syafiqah Hashim ! Eksaitednya nak join contest ni sebab nak dapat hadiah banyak daripada Fair & Lovely. Gila tak nak. Hamper bernilai RM50 kot !!


Lagipon Fair & Lovely ni merupakan produk yang dah lama bertahan dalam industri. Memang produk dia sangat berkesan. Dan baru-baru ni, Fair & Lovely memperkenalkan rangkaian produk baru iaitu Advanced Multivitamin. Wohoooo !


Oh, korang semua dijemput join contest ni sebab hadiah dia menarik. Contest akan tamat pada 17 OGOS 2013 ! Cepat taw ! Boleh terus ke Blog Syafiqah Hashim. :)


Soalan Pertama

Kenapa anda ingin tampil cerah di Hari Lebaran Tahun ini dengan Fair & Lovely?

Jawapan : Sudah semestinya saya ingin tampil cerah di hari lebaran pada tahun ini bersama Fair & Lovely sebab hanya Fair & Lovely sahaja mampu merawat kulit muka saya yang tak sekata. Malunya kalau jumpa sanak saudara dengan kulit yang berminyak dan tona kulit tak sekata. Tak gitu? :)


Untuk menepati citarasa giveaway yang dianjurkan sicantik manis ni, aku kena letak gambar hari raya yang menarik. Wah! Tak sempat bergambar banyak pulak raya baru-baru ni. Tapi, ada beberapa gambar raya menarik yang boleh dikongsikan. :)

Sempat bergambar dipagi raya.

Melawat kubur arwah Tokwan

Bergambar dengan adik-adik dibawah cahaya matahari.

Soalan Kedua 

Lengkapkan Slogan.


Fair & Lovely dapat membantu saya tampil lebih cerah di Hari Lebaran Tahun ini kerana ianya mengandungi vitamin B3, vitamin C dan E yang mengurangkan bintik-bintik hitam, mengurangkan warna kulit perang, mengurangkan kesuraman, mencerahkan lingkaran-lingkaran hitam dan mencerahkan tona kulit secara menyeluruh. Dapat la beraya dengan penuh yakin sambil sanak saudari puji kulit yang cerah tuuuu.


Dengan secara rasminya aku dah join giveaway yang bertajuk "Tampil Lebih Cerah di Hari Raya dengan Fair & Lovely by SyafiqahHashimXOXO". Korang bila lagi? Jom join. Hadiah menarik berupa hamper Fair & Lovely bernilai RM50 bakal menjadi milik anda. :)


nfcs

15 August 2013

GIVEAWAY FAIR & LOVELY bersama ASYIK MAIBUROGU

Assalamualaikumm...

Beraya sakan nampak ! Sampai tak sempat nak bukak blog dah ha. Hahaha. Sebenarnya sejak bulan puasa hari tu lagi kakak blogger yang cantik manis ni ajak aku join Giveaway Fair & Lovely Bersama Asyik Maiburogu ni tapi memandangkan sibuk mengayam ketupat, tukar langsir raya, pang pang pom main mercun bagai, tak sempat nak update blog. -.-

Giveaway Fair & Lovely Bersama Asyik Maiburogu

Makanya, hari ni aku nak seru semua korang-korang yang kat luar sana sama ada blogger ke pengguna Twitter mahupon facebook untuk sama-sama join giveaway ni. Hadiah besar taw! Wang besar! Wang besar!

Hahaha. Tak. Aku gurau saje. Hadiah giveaway ni merupakan 1 set produk hamper Fair & Lovely bernilai RM50 ! Hah ! Apa tunggu lagi? Moh le kite join secara berjemaah!


Sebelum tu kena la jawab soalan dulu ye dak? Nak menang hadiah besar tak? Wahhh! Boleh la bercantik-cantik di rumah terbuka kawan-kawan nanti. Kelasss you olls !


Soalan Pertama
1. Fair &Lovely merupakan krim pelembap muka nombor satu di Malaysia, kini memperkenalkan rangkaian Advanced Multi Vitamin. Apakah kandungan yang terdapat di dalam Advanced Multi Vitamin ini?


Jawapan : Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin mengandungi Vitamin B3, Vitamin C dan Vitamin E. Ianya dapat membantu mengurangkan bintik-bintik hitam, mengurangkan warna kulit perang, mengurangkan kesuraman, mencerahkan lingkaran-lingkaran hitam dan mencerahkan tona kulit secara menyeluruh.


Soalan Kedua
2. Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin dan Asyik Maiburogu dapat memberikan inspirasi serta mengubah hidup saya secara positif kerana saya akan kelihatan cerah berseri tanpa sebarang masalah kulit serta meningkatkan tahap keyakinan terhadap kecantikan diri saya.


Soalan Ketiga
3. Ceritakan pengalaman indah anda di Hari Raya Aidilfitri dengan kulit wajah cerah berseri.

JawapanSepanjang beraya di kampung yang terletak di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini, saya mendapati bahawa ramai saudara-mara yang bertanya mengenai produk apa yang saya pakai sehinggakan kulit saya tampak lebih cerah berseri. Kata mereka kulit muka saya lebih flawless sekarang ! Huhuhu. Malu bila dipuji sebegitu. Lantas mereka bertanyakan produk apa yang berjaya menjadikan kulit muka saya berseri sebegitu. Dengan yakin, saya menyebut Fair &Lovely ! Hamboih ! Terus mereka google mengenai khasiat yang terkandung dalam rangkaian produk Far & Lovely. Alhamdulillah, makanan berminyak pon saya makan dengan tanpa risau jerawat naik ke muka. Bukan apa, ramai perempuan sekarang ni makan kacang pon nak risaw. Hehehe. Dengan seronoknya, saya makan ketupat, rendang, pelbagai kuih-muih tanpa risau kulit muka akan berjerawat. :)

Pagi Raya :)

Okay, aku dah join ! Korang bila nak join? Hahaha. Kalau korang nak join korang klik je SINI. Ada cara-cara untuk sertai giveaway istimewa ni. Tak rugi pon kalau join. Kalau takde blog, join la kat facebook ataupon Twitter.


Tarikh Tutup contest : 17 OGOS 2013


Sebelum tu, korang boleh dapatkan banyak informasi pasal Fair & Lovely dengan LIKE facebook page diorang. Jom ! Facebook Page Fair & Lovely



nfcs

06 August 2013

: Majlis Pratonton Adnan Sempit 3 @ TGV Sunway Piramid :

Assalamualaikum...


Amacam? Korang dah pegi tengok The Conjuring ke belom? Kalau belom, korang sempat lagi pergi tengok. Rugi tak tengok cerita hantu paling seram 2013 tu taw ! Okay, Selasa baru-baru ni, aku dan Kak Asyik mendapat jemputan untuk Majlis Pratonton Adnan Sempit 3. Untuk pengikut setia Adnan Sempit, korang mesti tak nak lepaskan peluang ni.

Tiket untuk Majlis Pratonton

Barisan pelakon masih sama, cuma ada beberapa pelakon baru yang diketengahkan oleh pengarah, Ismail Bob Hasim untuk Adnan Sempit 3. Antaranya ialah Linda Roslan yang merupakan model dan tauke Her By Linda Roslan.Her by LyndaRoslan. Beliau juga merupakan isteri kepada blogger / photographer femes, Aizul Marcello (Abang Irine Nadia Marcello).


Majlis pratonton Adnan Sempit 3 diadakan di TGV Cinemas, Sunway Piramid.


Antara blogger yang hadir ialah Pen MerahYana YassinNisa KayAsyik IzasBro Framestone dan ramai lagi.

Bersama Kak Yana Yassin dan Pen Merah 

Nisa Kay yang comel dan banyak mulut orangnya.

Bro framestone dan Kak Asyik

Majlis yang bermula jam 3 petang tu dihadiri oleh pelakon-pelakon utama Adnan Sempit 3 iaitu Yana Samsudin sebagai Wawa, Shaheizy Sam sebagai Adnan, Intan Ladyana sebagai Nadia dan Along Raja Lawak sebagai Bobby.

Barisan pelakon Adnan Sempit 3

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz yang diejmput bagi memberkati majlis dan mendoakan supaya filem kali ni mendapat sambutan.


Mejar David Teo sebagai penerbit di Metrowealth pun ada ucapan dan pantun sekali taw, dan disusuli ucapan oleh pengarah Adnan Sempit 3, Ismail Bob Hasim.


Satu hall penuh dengan bloggers, artis, wartawan dan tetamu yang dijemput. Oh, lupa Amir Raja Lawak pun ada dan Datuk Tarmimi Siregar serta isteri.


Tak nak lepaskan peluang bergambar dengan para pelakon. Para pelakon datang dengan berpakaian raya. Awal raya taw !

Bersama Mejar David Teo yang sporting habis !

Shima Anuar yang memegang watak Zita dalam Adnan Sempit 3

Pelakon utama Adnan Sempit 3, Shaheizy Sam

Amir Raja Lawak sebagai Doktor

Cinta dan Rindu, Wawa dan Bobby

Yana Samsudin yang memegang watak sebagai Wawa

Selesai majlis pratonton, kitorang semua berarak ke aras bawah iaitu ke Restoran Shogun untuk berbuka puasa. Ditaja sepenuhnya oleh MIG. Alhamdulillah. Tema berbuka puasa pada hari tu ialah makanan Jepun.




Dan tak lupa juga terima kasih kepada Mamee dan MIG untuk goodies yang penuh dengan produk Mamee ni. Best gila ! Boleh makan lepas bukak puasa. Hehehe. Kalau nak tahu kenapa kitorang dapat goodies daripada Mamee, kena tengok Adnan Sempit 3 okay !



Preview Adnan Sempit 3

Kisah cinta penuh ranjau antara pasangan Adnan- Nadia dan Bobby-Wawa akhirnya bertemu jalan indah, apabila mereka berkahwin dengan pasangan masing-masing. Pelbagai persediaan yang telah mereka lakukan untuk menjadikan malam pertama mereka berjalan dengan lancar, bermacam-macam cara dan petua yang digunakan oleh mereka sehingga menimbulkan kelucuan. Masalah mulai berlaku apabila Nadia dan Wawa sama-sama didapati mengandung. Sehubungan itu, Adnan turut mengalami alahan yang teruk akibat kehamilan isterinya. Sementara itu, Bobby pula menghadapi masalah kewangan untuk membiayai kos isterinya bersalin. Nadia yang asyik moody dan baran sepanjang tempoh ianya mengandung juga turut menjejaskan hubungannya dengan Adnan, yang merasakan dirinya terpinggir. Masalah mulai bertambah besar apabila Adnan dihantar ke Melaka bagi pihak bapa mertuanya, untuk menguruskan kerja-kerja pra-pelaburan yang berkaitan dengan pengeluaran mee segera (Mamee) bapa mertuanya dengan sebuah kilang. Di kilang yang sama, Adnan telah berkenalan dengan Zita, seorang gadis yang mempunyai minat yang sama dalam sukan permotoran. Kerana masalah yang dihadapi ditambah pula dengan rasa kesunyian, Adnan banyak meluangkan dan menghabiskan masanya dengan Zita. Perhubungan mereka akhirnya telah disalahsangka oleh Nadia, sehingga menyebabkan hubungan mereka mungkin akan berakhir begitu sahaja. Nasib malang yang sama juga turut menimpa Bobby, apabila dia terpaksa mengingkari janjinya pada Wawa dan melibatkan dirinya dalam perlumbaan haram untuk mendapatkan wang bagi membiayai kos rawatan isterinya. Apabila perbuatan itu telah diketahui Wawa, wanita itu turut memberikan kata putus untuk berpisah dengannya. Akibat perbuatan Adnan yang dingin terhadap Bobby, Bobby telah memberitahu Nadia berkenaan hubungan sulit antara Adnan dan Zita.

Nak tahu apa yang terjadi seterusnya, korang kena tonton Adnan Sempit 3 pada raya ke-7 nanti taw! Rugi kalau tak tengok sebab korang akan gelak sampai pcah perut dek gelagat lucu diorang. Hahaha. Mohon serbu pawagam berdekatan dengan korang okay !


nfcs
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...