TABUNG

20 November 2013

House of Horror di i-City

Assalamualaikum...


Sekarang ni kecoh dengan kes Villa Nabila yang dikatakan menjadi tempat seorang budak lelaki disembunyikan oleh hantu la, jin la. Sebenarnya kes tu dah pun terungkai. Budak tu bukan disorokkan seperti yang dicanang-canangkan tu. Budak tu yang menyorok sebab dah kecoh pasal orang dok cari dia. Meh sini nak terajang patpulohkali. Bikin kecoh betul.


Okay, entri ni tak ada kena mengena dengan misteri kehilangan budak tu dengan teman wanita dia ke ape. Kali ni aku nak ajak korang ramai-ramai datang serbu House of Horror dekat i-City tu sebab apa? Sebab dia bessssttttt !


Bukan la macam rumah hantu yang lain yang sempit, gelap dan sebagainya. House of Horror ni luas sangat, nak lari daripada hantu pun ada ruang dan bagi aku yang penakut ni sememangnya House of Horror sangat la menakutkan.





Okay, pasal harga pulak. Untuk masuk ke House of Horror ni tak perlu beli kad i-City tu sebab apa? Entah. Aku pun tak pasti. Tapi harga masuk seorang ialah RM 15 sahaja ! Lama ke? Panjang ke perjalanan dalam rumah hantu tu? Berapa minit? Lebih kurang limabelas minit macam tu la. Sebab bila dah takut ni, rumah hantu yang tak berapa panjang pun aku rasa macam lama je. -.-


















Kalau sebelum ni aku dah masuk ke Trick Art Museum. Memang sangat best sebab lukisan tu sangat kreatif. Kalau korang belum baca, jom baca pengalaman aku ke Trick Art Museum yang sangat best tu.


Untuk masuk ke Trick Art, korang perlu beli kad i-City tu. Tapi, kalau korang dah ada kad tu tak payah la beli lagi. Kad tu harga RM 3 sahaja. Harga tiket masuk ke Trick Art Museum pulak RM 10. Kadang-kadang harga ni akan berubah mengikut promosi yang diadakan.


So, nanti kalau ada rezeki nak masuk Red Carpet pulak. Ada patung lilin dalam tu. Semuanya patung artis-artis Hollywood dan banyak la. Harga untuk masuk Red Carpet lebih kurang RM 35. Ada masa yang ada promosi kadang-kadang murah. Tengok time jugak la.


Antara kelebihan i-City ini la dia. Selain daripada korang tengok pokok-pokok lampu tu, korang boleh la layan jugak aktiviti-aktiviti yang lain macam Snow Walk, Spacewalk, Eye-On, dan banyak lagi lah! Masuk i-City satu kereta RM 10 sahaja. Tong-tong la satu kereta dalam lima orang. Hahaha.


Okay, sambung siapkan assignment. Empat minggu lagi sebelum study week bermula. Tak sabarnya nak cuti ! Huhuhu. Till next entry. Bye!


nfcs

14 November 2013

Syukur




Bersyukur.
Kadang apa yang kita dapat itu anugerah.
Pernah aku dikelilingi manusia keji.
Itu anugerah.
Tanpa mereka, aku takkan kenal pengalaman.
Bila besar, makin tua.
Makin tahu apa itu dunia.
Makin tinggi aku, makin kejam dunia.
Memang.
Dunia akhir zaman.
Terlalu banyak nafsu daripada iman.
Lebih porak peranda dari aman.
Jika dunia mati.
Tamatlah segalanya.
Dan, insan yang tak tahu bersyukur, cuma lenyap.
Lenyap ditelan bumi.
Entah-entah gaung.
Eh, aku dimana?
Kau cari, aku sembunyi.
Aku diam. 
Kerna aku bersyukur.
Mana yang tak tahu bersyukur, habis punah.
Mahukan duit, cari sendiri.
Mahu hidup mewah, usaha sana sini.
Berdikari.
Akhirnya, pengalaman datang sendiri.
Sebab itu aku bersyukur.
Banyak pengalaman, banyak pelajaran.
Semoga aku terus tabah.

06 November 2013

Featured in Hijabista Magazine November Issue

Assalamualaikum..


Hijabista memang majalah fesyen pertama yang aku gilai. Kalau dulu aku selalu kumpul REMAJA. Itupon sebab aku selalu baca pasal hal-hal remaja la. Sekarang ni tumpuan dah teralih kepada yang lain. Satu-satunya majalah hijab dan fesyen yang merangkum pelbagai info.


Hijabista merupakan majalah yang aku ikuti perkembangannya di segala media sosial yang ada sama ada Twitter, Facebook, Instagram, website dan semuanya la. Pendek kata satu post pun aku tak pernah terlepas lagi buat masa ni.


Dapat peluang join event dengan krew Hijabista merupakan hadiah yang paling bermakna. AL-HAMBRA HIGH TEA HIGH FASHION merupakan event pertama aku dengan krew Hijabista yang memang aku takkan lupa sampai bila-bila.


Tahun lepas, aku ada featured dalam Hijabista untuk bahagian "Street Chic".


Tapi, tahun ni sekali lagi aku dapat tengok muka aku dalam majalah kesayangan aku. Hahaha. Poyo mintakpenamparlapankali betul ayat aku ni. -.-


Ini yang tahun lepas.


So, tahun ni untuk edisi November, ada lagi.





So, bagi korang yang belum beli majalah Hijabista keluaran November, kena beli taw! Sebab apa? Sebab ada Opi dalam tu. Sumpah tak tipu. Hahaha. Tengok je la cover depan siapa. Mama Opi kot, si atitaharis yang cantik lagi kacak tu.

Bagi korang yang masih belum kenal siapa atitaharis ni meh aku nak kongsi sikit. Beliau merupakan seorang wanita yang baru berusia duapulohsatu tahun dan sudah mempunyai seorang anak perempuan yang tersangatlah comel !

Atitaharis ni merupakan biras kepada Fynn Jamal. So, tak hairan la kenapa gambar beliau like berpuloh-puloh ribu kan? Lagi-lagi bila beliau upload gambar anak beliau si Opi yang suka buat mimik muka tu. Hahaha. Bila tengok rasa geram nak cubit-cubit je. Sama la jugak macam Juna anak si Fynn Jamal tu.


Kalau korang nak tahu banyak lagi pasal atitaharis ni, boleh la beli Hijabista edisi November okay!


p/s : Oh ya, ramai cakap atitaharis ni Hanis Zalikha versi bertudung. Hahaha.


nfcs
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...