TABUNG

17 March 2014

KAT MANA NAK BELI BUKU TEKS MURAH ??

Assalamualaikumm..


Entri ni fana buat untuk bantu-bantu kawan-kawan, adik-adik dan sesiapa sahaja yang berniat untuk membeli buku teks tetapi dengan harga yang MURAH ! Fana pernah merasa bagaimana susahnya bila terpaksa beli buku teks dan terpaksa habiskan beratus-ratus ringgit untuk beli buku teks.


Kalau dulu, pinjaman SPBT hanya dihadkan kepada golongan yang berpendapatan rendah. Memang la pendapatan ibubapa diorang agak tinggi tapi tak la cukup pun untuk tanggung segala perbelanjaan. Contohnya, kalau gaji ayah awak lebih limaratus je, beli itu ini, habis jugak. Tak ke sama dengan perbelanjaan orang lain.


Disebabkan gaji ayah dia lebih limaratus je, jadi ayah dia terpaksa beli buku teks untuk tiga orang anaknya yang masih bersekolah. Fana kesian taw. Sekarang ni barang pun makin mahal. Jadi, fana nak bantu korang yang ada masalah untuk beli buku teks ni. InshaAllah, harga yang ditawarkan pun lebih murah daripada beli melalui bookstores yang ada.



Website ni sangat sesuai untuk students IPTA/IPTS sebab banyak sangat buku terbitan McGraw Hill yang dijual kat sini. Harga pulak ya rabbi, jauh sangat beza dia. Kalau kat kedai korang boleh beli dengan harga RM80.00, kat sini cuma RM40++ ! Percaya tak?? Percayalahhhh.


Tiba-tiba rasa rugi pulak bila dapat tahu pasal kewujudan website ni lepas dah habis belajar. Ruginyaaaaa. Korang yang masih belajar tu, bebudak degree yang baru masuk sem tu cepat-cepat la beli kat sini daripada korang habiskan duit dekat book garden yang mahal nak arwah tu. -.-



Selain boleh beli, korang boleh jual jugak buku teks korang yang sem-sem lepas kat sini. Macam mana caranya? Nampak tak gambar kat atas tu? Ada dua button "I WANT TO BUY" dengan "I WANT TO SELL" kan? Haaa, kalau nak jual, boleh pegi kat button "I WANT TO SELL" dan korang boleh baca cara-cara untuk jual buku teks korang kat sana.


Macam mana? Fana membantu tak? Tolong sebarkan dekat kawan-kawan lain yang nak berjimat tu ye? Jangan beli dekat mana-mana dulu, boleh beli kat http://bookup.my sebab harga dia sangat murahh. Tak tahu macam mana nak bagi korang percaya lagi. Nak nangis je rasa tengok harga buku dia yang murah tu. T.T




Ni salah satu contoh buku teks yang dijual. Cuma RM 30.00 je kot ! Kalau beli kat bookstores mana dapat harga ni. Serius rasa macam nak sangat korang beli kat http://bookup.my/


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai cara jual dan beli buku teks ni, korang boleh terus pergi dekat laman web ni atau facebook yang fana sediakan link kat bawah. Klik je link tu. :)


Website : http://bookup.my/



p/s : fana dah tampal banner kat atas tu (warna kuning), korang boleh klik je link tu untuk direct ke website BookUp. Semudah ABC. :)

xoxo,
nfcs

No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...