TABUNG

02 June 2014

Macam Mana Nak Tengok Wayang Percuma ?

Assalamualaikumm..


Alhamdulillah, perut kenyang untuk hari ni. Setakat ni tak pernah lagi la tak ada duit sampai kena ikat perut kan? Kadang-kadang belajar berjimat jugak. Kenapa kena berjimat? Yelah, macam fana ni masih lagi belajar dan dibawah tanggungan ibu bapa. Jadi, duit gaji takde masuk tiap-tiap bulan. Duit yang ada kena la berjimat. Selain dari duit yang fana dapat hasil blogging. Tahun ni paling banyak la rezeki blogging. Nampak dah hasil dia. :)

Ada keyword yang fana dapat dekat blog fana ni. Soalan dia berbunyi lebih kurang macam ni :

"Macam mana nak tengok wayang free?"
"Macam mana nak dapat tiket wayang percuma?"
"Macam mana boleh dapat tengok wayang sebelum ditayangakan?"

Okay, untuk entri sesaja gelabah ni fana kongsikan la macam mana fana boleh dapat tiket wayang free, dapat tengok filem yang belum ditayangkan lagi. Yela, cerita tak keluar lagi kat pawagam tapi fana dah tengok kan? Bukan fana je, ramai lagi la manusia yang bertuah tu. Hehehe

Sebenarnya, bukan la blogger aje yang dapat tengok wayang free la, tengok awal daripada orang lain la. Bukan blogger sahaja tauuu! Bukan. Hahaha. Korang yang bukan blogger pun boleh jugak dapat peluang macam  ni. Betul! Fana tak tipu ni. Tak sabar lettewww! Yela2, jom fana bagitahu cara untuk dapatkan tiket wayang secara percuma okay!


-----------------------------------------




Budiey dot com merupakan blog hiburan yang menceritakan segala info terbaru mengenai dunia hiburan, filem dan sebagainya. Pemiliknya, Budiey akan mengadakan #PremierWithBudiey setiap kali ada filem baru yang akan ditayangkan di pawagam. Selalunya #PremierWithBudiey akan dianjurkan sehari sebelum filem tersebut ditayangkan.

Kebiasaannya, Budiey akan memilih seramai 130 orang (satu hall) pembaca blog beliau, pengikut Instagram, Twitter dan Facebook fanpage beliau untuk sertai #PremierWithBudiey ni. Macam mana caranya? Senang aje. Korang cuma perlu pergi ke laman web beliau iaitu http://www.budiey.com/ dan cari ruangan PERADUAN dan jawablah soalan yang diajukan oleh Budiey tu. Selalunya Budiey cuma minta korang buat slogan sehabis kreatif.

Segala pemberitahuan mengenai #PremierWithBudiey selalunya akan diumumkan di Twitter, Facebook dan Instagram beliau. Kalau korang dapat email daripada Budiey yang menyatakan korang terpilih, maka lompatlah dengan penuh kegembiraan ye sebab korang tak payah keluarkan duit poket sebanyak lebih kurang RM24.00 (2 orang). Yes! Budiey akan bagi sepasang tiket wayang untuk korang ajak kawan ye.

Antara filem yang fana pernah tonton di #PremierWithBudiey


Kalau korang bertuah, korang akan dapat goodies bag sekali tau. :)


ChurpChurp ni pun salah satu komuniti yang selalu ada je bagi rewards dekat ahli-ahli dia. Ada yang belum mendaftar dengan ChurpChurp lagi? Rugi tauuu. Jom jadi Churper kalau nak dapat duit, tengok wayang free dan sebagainya.

Bagi yang belum daftar, sila daftar dulu. Sebab tiket wayang percuma hanya diberikan kepada Churper sahaja. ChurpChurp akan mengadakan #Churpremiere sehari sebelum filem tersebut ditayangkan jugak. Cara untuk dapatkan tiket wayang percuma daripada ChurpChurp adalah dengan memberikan dialog paling kreatif terhadap gambar yang diorang sediakan.

Fana mula menceburkan diri dengan ChurpChurp ni sejak fana mula menulis blog. Alhamdulillah, ChurpChurp dah bagi peluang yang banyak lebih-lebih lagi dari segi hasil. Kalau korang yang tak tahu nak buat apa tu jom join ChurpChurp. Sambil online sambil buat duit.

Antara filem yang fana pernah tonton di #Churpremiere :

The Mortal Instrument : City of Bones

Ada beberapa filem lagi tapi fana tak sempat nak buat entri mengenai filem tersebut. Malasnya fana ni kan?

3. PERADUAN / CONTEST

Okay, untuk yang ni korang boleh join bila ada sebarang peraduan yang menawarkan hadiah tiket wayang. Antaranya Femag Online, Majalah Lisa, facebook-facebook media hiburan dan sebagainya. Banyak lagi la. Kadang-kadang contest ni kita kena alert sikit la. Bagi orang yang rajin bukak facebook, Instagram yang baik hati nak bagi korang tiket wayang tu kan? Join je la. Rezeki tuuu.

Dekat Instagram pun banyak dah buat. Selalunya online shop la buat. Diorang akan suruh kita repost gambar je dah boleh menang tiket wayang.

----------------------------------

Macam mana? Membantu tak? Lepas ni ramai la yang dah mula tengok wayang secara percuma kan? Tak payah nak beli tiket wayang lagi. Jimat pun jimat. Hehehe. Fana pun banyak juga la dapat jimat duit dengan cara ni. Okay, kalau ada yang tak puas hati dengan entri ni, atau nak tanya apa-apa jangan segan silu tinggalkan komen di bawah ni ye?


xoxo,
nfcs

16 comments:

  1. yeay! pasni bole tgk wayang dgn fana~~
    prsan dpt tiket free je kn..hahah

    ReplyDelete
  2. @Ayue Idris
    Jom2, lepas ni dapat la kita tengok wayang sesama kan? :)

    ReplyDelete
  3. bestnye....selamat menonton...kita biasa menonton berbayar jerr...hehehe...

    ReplyDelete
  4. PCL kalau dapat sepasang tiket mcm unfair la pulak kesian ke anak2 pcl yg 2 org tu...

    ReplyDelete
  5. owhh mcm tu^^

    ReplyDelete
  6. Salam Ziarah..

    bestnyerrr...biasa kita tgk kat umah jer..

    dunlot..hehehe

    ReplyDelete
  7. @HeNRieTTa JoSe
    Lepas ni try la apply contest2 ni, dapat la tengok free. :)

    ReplyDelete
  8. @PakcikLie PCL
    kalau macam tu suruh la wife PCL pun apply sekali. Dah boleh dapat 2 pasang tiket. :)

    ReplyDelete
  9. @juls julie
    Lepas ni join la. Dapat tgk ramai2. Dapat jumpa kawan baru. :)

    ReplyDelete
  10. dulu2 memang selalu dapat premier screening...syok sebab dapat tengok awal sikit movie yang bakal keluar di pawagam...sekarang ni nak bagi peluang kat orang lain pula...hee

    ReplyDelete
  11. wow.. bestnya.. mesti cuba salah satu ni .. thanks for sharing :D

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...