TABUNG

24 August 2014

Harum Malam - Vee Spray "Sekali Semburan, Sudah Memadai"

Assalamualaikumm..



"Sekali semburan, sudah memadai". Itu la tagline Vee Spray rangkaian produk hangat daripada Harum Malam. Sebut je Harum Malam, fana yakin terlalu ramai yang dah mengenali produk best ni. Bukan apa, hasilnya terbukti bila fana tengok carian Harum Malam di blog fana sendiri. 

Legacy Secret memperkenalkan produk ni kepada umum bagi membantu mereka yang mempunyai masalah dalaman dan juga masalah keintiman. Ehem, sebut aje Harum Malam masing-masing dah terbayang pasal keintiman ye? Amboi.

Jadi, kali ni Harum Malam memperkenalkan produk semburan khas buat wanita ye. Ramai yang tidak tahu bahawa bahagian intim wanita juga mempunyai produk khas. Tujuannya ialah untuk menjaga kebersihan di bahagian intim wanita.

Apa bahan yang digunakan didalam Vee Spray ni?
  • Vee Spray mengandungi 86% air suling yang digunakan sebagai medium pelarut bagi ekstrak herba dan glycerina.
  • Glycerine bertindak sebagai antiseptik untuk melindungi bahagian intim wanita.
  • Ekstrak manjakani membantu mengatasi keradangan di bahagian faraj dan membantu menganjalkan otot-otot kawasan faraj.
  • Ekstrak sireh berfungsi sebagai antifungi dan banyak digunakan sebagai herba tradisional di kebanyakan negara seperti China, India, Taiwan dan lain-lain.
  • Aloe Vera berfungsi melawan jangkitan, masalah kulit dan merawat luka.



Apa khasiat Vee Spray?
  • Membantu melindungi keintiman wanita daripada bau yang kurang menyenangkandan membantu mengimbangi PH yang seimbang di bahagian tersebut.
  • Membantu merapatkan dan mengembalikan keanjalan otot faraj.
  • Mengurangkan keputihan dan kegatalan.
  • Sesuai untuk wanita selepas bersalin.
  • Untuk kesan yang lebih mujarab, amalkan pemakanan Harum Malam



Cara menggunakan Vee Spray
  • Goncang terlebih dahulu.
  • Semburkan ke seluruh permukaan faraj, terutama di lubang faraj. Diguna 2 kali sehari, pagi dan malam.
  • 30 ml (sebotol) cukup untuk 70 kali pemakaian.



Fana pun dah cuba Vee Spray ni. Memang best. Wangi je. Korang pun kena cuba okay! Nak tahu nak beli kat mana? Haaa, korang boleh pegi facebook https://www.facebook.com/LegacySecretTrading untuk dapatkan dealer-dealer yang menjual produk Harum Malam yang bukan tiruan. No. No. No. Jangan terpedaya dengan penjual yang jual produk tiruan okay. Meh fana nak share tips sikit macam mana nak kenal pasti produk Harum Malam yang asli dan yang tiruan.




Cara mengenal pasti label asli Legacy Secret



1. Pengesahan Melalui Visual
Lihat perkataan “LS”dari sudut serong 15 darjah




2. Pengesahan Melalui Sentuhan
Cetakan timbul yang dapat dirasa menggunakan jari




3. Pengesahan Melalui QR Wechat
Imbas kod produk dan info akan diberikan




PERINGATAN !!!

• 1 QR kod hanya boleh di imbas 5 kali sahaja .
• Sekiranya melebihi had, anda akan diberikan no telefon syarikat kami untuk pengesahan produk.
• Pastikan beli barangan original kerana takut akan kesan sampingan.

Wechat ID : harummalam


Video Rujukan




Maklumat lanjut :


xoxo,
fana

[FOOD REVIEW] La Risata - Bar Pizzeria Ristorante @ Ampang

Assalamualaikumm..




La Risata - Bar Pizzeria Ristorante yang terletak di Persiaran Ampang merupakan sebuah restoran yang bercirikan kontemporari Itali. Dibuka pada tahun 1996 dan merupakan restoran dua tingkat. Lokasinya yang terletak di kawasan perumahan membuatkan restoran ini nampak begitu klasik disamping menghidangkan makanan-makanan Itali yang cukup menyelerakan.



Dari sudut hiasan restoran, dinding-dinding restoran dihiasi dengan batu-bata merah dan bongkah kayu bagi mengekalkan elemen klasik dan asli. Berada di dalam restoran ini membuatkan pelanggan berasa seperti kembali di zaman 1970-an. Apa yang lebih menarik, terdapat satu barangan klasik yang melengkapkan lagi suasana zaman dulu-dulu. Lampu chandeliar ini dikatakan sudah berusia lebih kurang 30 hingga 40 tahun dan masih kukuh tergantung di dalam restoran.






La Risata bermaksud "Laughter". Banyak perkara yang boleh membuatkan kita berasa selesa dan gembira. Pertama ialah makanan. Yang kedua ialah suasana sesebuah tempat itu sendiri. Jadi, restoran ini memberikan satu ruang dimana pelanggan boleh makan dan bergembira bersama orang tersayang.

Menu yang dihidangkan merupakan menu daripada Itali. Italian food memang menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Lagi-lagi penggemar pasta. Tidak hairanlah jika bila kita nampak terlalu ramai pelanggan yang memasuki restoran ini. Antara menu yang dihidangkan ialah :



MOZZARELLA IN CARROZZA 
RM 15.00
Mozzarella & anchovy sandwiched between bread and deep fried to perfection





FUNGHI ALLA GRIGLIA 
RM 16.00
Grilled fresh champignon mushrooms with garlic




PIZZA D'ANATRA 
RM 36.00
Smoked duck, rocket, anchovy, caramelized onion and mozzarella

PIZZA PORCINI 
RM 36.00
Porcini mushroom, button mushroom, fontina, parmesan and mozzarella




CAPELLINI AL NERO CON FRUTTI DI MARE 
RM 35.00
Angel hair pasta with prawn, squid and roasted cherry tomatoes in a squid ink sauce




FILETTO DI MANZO
RM 52.00
Grilled US Angus grain fed tenderloin 100days (250g) 
with roasted vegetables and green beans with choice of sauce
Sauce : Creamy mushroom / Gorgonzolla cheese / Brown sauce



Untuk pencuci mulut pula, La Risata banyak menyediakan pencuci mulut yang menjadi antara makanan kegemaran Itali. Namun, pencuci mulut yang disediakan sangat mendapat sambutan oleh pengunjung restoran tersebut. Ternyata rakyat Malaysia gemar mencari kelainan dalam mencuba makanan-makanan antarabangsa.


CANNOLI
RM 16.00
Sicilian fried pastry shell filled with a sweet ricotta cream dipped in chocolate & pistachio bits




TORTA DI CIOCCOLATO 
RM 16.00
Flourless dark chocolate cake with a melting chocolate centre served with vanilla ice cream





DUA TINGKAT

Selain daripada menunya yang sangat authentic, La Risata juga mempunyai ruang restoran yang dihiasi dengan pelbagai barangan dan perabot yang bercirikan klasik dan mewah. Apabila naik ke tingkat atas, terdapat satu lagi ruang restoran yang sangat luas namun sedikit privasi. Menurut Puan Selena Mak, Senior Marketing Manager Good Food Trio ruang tingkat atas disediakan kepada mereka yang ingin mengadakan private event. Tempahan perlu dilakukan sebelum acara diadakan.




Pemandangan daripada tingkat atas restoran

Terima kasih http://www.dineout.com.my kerana telah menjemput fana dan rakan blogger yang lain untuk sertai food review di La Risata, Ampang. Kami ingin menjemput anda semua untuk menikmati makanan-makanan Itali di La Risata. Jika ingin mengadakan sebarang event atau sambutan hari jadi, boleh membuat tempahan tempat melalui Pengurus Restoran, En. Mohd Shah di talian 03-42526269 (Cawangan Ampang).


Alamat :
16 Persiaran Ampang 55000 Kuala Lumpur.
03-42526269


Dineout Reviews



xoxo,
fana

16 August 2014

Port Dickson 2014

Assalamualaikumm..


Dalam banyak-banyak perkara dalam dunia ni, fana rasa gembira sangat bila dikelilingi insan-insan yang menghargai diri fana. Yang paling buat kita jadi happy bila berkumpul dengan kawan-kawan sekolah. Betul tak? Ya Allah, rasa macam taknak balik bila dah seronok buat aktiviti sama-sama.

Macam tak percaya dah enam tahun tinggalkan zaman sekolah menengah. Tu belum kira zaman sekolah rendah lagi. Dan kawan-kawan fana yang masih contact sekarang, yang ajak pegi tengok wayang, yang ajak pegi open house semuanya kawan sejak sekolah rendah. Memang lama tempoh jalinan ukhuwah tersebut. Dah tua dah kita kan kawan-kawan. :)

Jadi, bila ada masa, kitorang akan plan ke sana-sini untuk buat aktiviti sama-sama. Baru-baru ni kitorang rancang untuk ke Port Dickson. Kenapa Port Dickson? Hmm, sebab KL takde laut. :( Satu lagi, kitorang taknak pergi tempat-tempat air terjun sebab sana bahaya. Jadi, lebih baik kita pergi laut paling dekat dengan KL iaitu Port Disckson.

Konvoi la kitorang ke Port Dickson dengan 5 buah kereta. Tak jauh pun dari KL sebenarnya. Dalam 2 jam macam tu dah sampai sebab ikut highway kan. Jadi, sampai je sana jenuh la jugak kitorang cari port yang terbaik untuk kitorang berBBQ. Nasib baik ada tempat yang agak tersorok dan tak penuh dengan pengunjung. 

Sampai-sampai je apa lagi, masing-masing buat tugas masing-masing. Ada yang start buat api, ada start pasang khemah, cari itu cari ini. Macam biasa la, yang kerja berat-berat kita serah je dekat bebudak lelaki ni ha. Hehehe. Nasib baik la semua rajin dan baik hati sangat. Ni sayang korang lebih ni. Hihihi





Sementara yang lelaki sibuk bakar ayam dan segala macam makanan tu, yang perempuan ni pantang dapat peluang, bergambar aje la kerjanya. Hehehe. Sebab tempat tu cantik sangat. Lagipun bukan selalu dapat jumpa laut kan? Bila lagi nak merakamkan detik-detik indah dengan alam ciptaan Tuhan yang indah ni. Oh, masa bergambar ni Ira dan Fiza takde. Mana diorang pergi ek? Solat agaknya.

Fana, Nita, Fifa, Syawal, Eka, Nabila





Okay, masing-masing fokus duduk bakar dan mengipas ayam. Banyak jugak bahan mentah yang kitorang bawak macam ayam, sosej, ubi kentang. Apa lagi ye? Rajin sangat kawan-kawan fana ni. Siap ada yang bawak keropok dan bihun goreng. Sedap dapat makan tepi laut. 









Masa ni kaum lelaki dah hilang. Mana diorang pergi? Mana lagi, terjun laut dah. Amboi, pantang jumpa air. Masing-masing terus hilang. Kemain seronok lagi bebudak ni kan?


Habis je mandi, masing-masing terus terkam makanan. Kelaparan la tu. Hahaha. Macam budak-budak aje kan? Sabar je la. Tapi, itu la yang seronok tu. Yang perempuan dah menjadi kebiasaan akan jadi tukang hidang makanan la kat bebudak lelaki ni. 

Habis makan sambung main kat laut lagi. Kali ni kawan-kawan pakat nak main Banana Boat. Pengalaman pertama fana naik Banana Boat ni Ya Allah, sumpah scarry. Fana belum pernah naik Banana Boat sebab fana ni jenis takut air sikit. Kalau nak mandi tempat dalam pun fana kena ada orang untuk fana berpaut.

Kawan-kawan pulak sibuk ajak, suruh cuba. Nak taknak fana pun beranikan diri jugak la untuk cuba naik Banana Boat ni. Bila lagi dapat merasa kan?  Okay, cabaran diterima !






Perasaan masa jatuh tu Allah je tahu. Rasa macam nak meninggal. Hahaha. Masa dia pusing nak jatuhkan kita dalam air tu, memang berdebar-debar gila. Masa jatuh tu fana rasa fana memang tenggelam la walaupun dah pakai life jacket. Nak naik ke permukaan air tu punya la susah rasa dia. Dok tarik orang sana sini. Hahaha. Teruk betul perangai. Dua kali dia jatuhkan kitorang. Tapi, bila dah habis tu rasa macam, "Nak naik lagi boleh?". Hahaha

Apa pun fana rasa happy gila walaupun ini cuma percutian balik hari. Sebab kitorang pegi pagi petang balik KL balik. Tak sampai sehari pun. Kalau ada masa lagi fana memang nak sangat pergi jalan-jalan ramai-ramai macam ni lagi. Seronok gila kot!


Bergambar sebelum balik

Ini je la cerita yang dapat fana kongsi. Terima kasih banyak-banyak buat kawan-kawan semua. Dari kiri (gambar atas) Awey, Badrul,  Saufi, Ridwan, Akmal, Fazrin, Zakuan, Riduan, Eka, Syawal, Arjuna, Fana, Nabila, Fiza, Ira, Adik Ira, Fifa, Nita, Hariri, Wan. Hope next time dapat gather macam ni lagi okay?


-Reunion kawan-kawan kelas 3 Budiman dan 5 Setia SMK Bangsar-


xoxo,
nfcs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...