TABUNG

07 September 2014

Teater Bangsawan Mahsuri (JKKN)

Assalamualaikummm..



Rasa macam eksaited bila buat perkara yang kita minat bersama kawan-kawan kan? Kalau dulu kitorang selalu habiskan masa dengan bersukan sama-sama, kali ni kita ubah aktiviti pulak ye, menonton teater bangsawan. Haaaa, kemain tau. Sebenarnya sejak fana join sebagai student practical dia Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, baru fana dapat peluang untuk tengok teater ni.

Kali ni ajak ramai sikit. Haaa, rombongan tau. Macam mana la reaksi kawan-kawan fana kan? Hehehe. So, semalam di Auditorium Bandaraya (DBKL) telah berlangsung Teater Bangsawan Mahsuri. Pelakon utama yang memegang watak sebagai Mahsuri ialah Yaya Maembong, kakak kepada Emma Maembong. Macam yang kita tahu la, Mahsuri ni dibunuh kerana dia dituduh telah bermukah dengan lelaki lain sewaktu suaminya pergi menyelamatkan Kedah yang sedang ditakluk oleh Siam.

Disebabkan fitnah tersebut, Mahsuri dihukum mati. Sebelum dia dibunuh, Mahsuri telah meminta supaya Allah memberikan petunjuk bahawa dia tidak bersalah. Mahsuri meminta supaya darahnya bertukar menjadi putih sekiranya tidak benar fitnah yang dilemparkan ke atasnya itu.

Dengan izin Allah, darah yang mengalir dari tubuh Mahsuri itu berwarna putih sebaik sahaja dia ditikam. Langkawi pula dilanda malapetaka (padang jarak padang terkukur) atas peristiwa itu dan terkena sumpahan selama 7 keturunan.



Bersama Yaya Maembong memegang watak utama sebagai Mahsuri


Fitnah. Manusia biasa tidak boleh lari daripada fitnah sesama manusia. Fana sendiri takut dengan fitnah orang terhadap fana. Kadang-kadang, fana minta supaya Allah jauhkan fana dan keluarga daripada fitnah mereka yang melampau. Bukan apa, sekiranya fitnah itu berjaya, ramai orang lain akan turut percaya kepada fitnah tersebut. Manusia oh manusia.

Jauhkan diri daripada sesuatu perkara yang negatif ye kawan-kawan. Selamat menempuh hidup yang penuh pancaroba. :)


xoxo,
nfcs

No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...