TABUNG

24 May 2015

Monster Crazy Crunchy Sedap Sangat Ke?

Assalamualaikumm,


[Food Review]
Monster's Crazy Crunchy (MCC)
Rainbow Bubble Rice
RM 7 / jar


Omputih kata "Life is too short to live it without chocolate". Fana setujuuuu sangat. Bukan apa, dulu masa kecik-kecik tak pernah perasan pun pasal benda ni. Tapi bila dah besar ni baru perasan yang coklat ni ada kuasa untuk menyembuhkan hati yang sedang luka, jiwa yang sedang patah dan mampu menghilangkan tekanan jiwa dan perasan. Eh, betul ke?


Jadi, disebabkan fakta-fakta tersebut, ramai pengusaha-pengusaha makanan yang ada di Malaysia memilih untuk mempelbagaikan coklat daripada coklat bar, coklat celup dan sekarang coklat jar! Memang kreatif pengusaha-pengusaha makanan di Malaysia ni. Fana salute !


Coklat jar yang tengah femes di abad ni tak lain tak bukan jatuh kepada Monster's Crazy Crunchy. Ramai yang tengah sibuk bisik sana sini pasal coklat dalam jar bersama bertih-bertih warna warni halus dan rangup ni. Lepas fana rasa sendiri, sesuap, dua suap, dan suapan yang ketiga, fana memang tak mampu nak berhenti. Sedapppp sangat. 




Untuk korang yang pertama kali untuk try makan coklat dalam jar macam ni, korang kena tahu ada beberapa step untuk makan dia. Kira macam cara makan coklat dalam jar la. First, korang kena sediakan satu bekas yang berisi air panas. Lepastu masukkan balang Monster's Crazy Crunchy dalam bekas tu secara terbalik. Maksudnya penutup direndam ke dalam air panas tu. Tunggu la dalam 1 minit lepastu korang dah boleh nikmati kelazatan Monster's Crazy Crunchy.

Sumpah, sedap gila !

Kalau sebelum ni mungkin ramai yang dah cuba pelbagaikan coklat dalam jar ni, tapi Monster's Crazy Crunchy cuba mengimbau kembali zaman kanak-kanak kita dulu, sewaktu membeli snek yang dulunya selalu dijual di bai-bai roti. Hahaha. Menangis hentak kaki kalau tak dapat. Alahai, cepatnya masa berlalu. Dah tua dah. Dulunya nyam-nyam dah bertukar dalam balang kaca. Taraaaa, Monster's Crazy Crunchy. Hehehe


Masa Monster's Crazy Crunchy sampai je kat rumah, semua orang macam tak sabar nak rendam sebab nak makan sangat-sangat. Adik-adik dengan kakak fana pun usha je balang kaca ni. Fana tak pasti la ada jin ke apa dalam tu sampai diorang tak lepas pun mata dok pandang jeling ke balang kaca berisi bubble warna-warni pastu ada coklat kat atas tu.


Lepas je fana tangkap gambar ni untuk diletakkan di dalam blog, tahu apa yang jadi? Licin. Fana tak puas makan sebalang. Fana nak lagiii! Kitorang semua dah plan nak beli satu kotak nak bawak balik kampung raya nanti. Percaya tak? Bukak puasa makan Monster's Crazy Crunchy, sahur makan Monster's Crazy Crunchy. Memang ceria sentiasa je la hidup ni nak oi.


Apa yang boleh fana simpulkan, Monster's Crazy Crunchy ni bukan je sedap, tak muak, tak manis sangat, dan jugak memang sesuai dimakan bila-bila masa. Macam ada sesuatu yang tak lengkap bila tak makan benda alah comel dan sedap ni. Bila coklat dia meleleh, mengancam nyawa-nyawa semut yang datang singgah kat balang. Memang dipijak-pijak. Tak bagi peluang langsung.


Begitulah penangan Monster's Crazy Crunchy ni. Kalau boleh setiap hari celik mata je nak makan. Sedap sangat. Korang patut cuba. Tak tahu nak cerita macam mana tahap kesedapan dia. Bubble yang warna warni tu rangup lepastu bila masuk mulut, blend sekali dengan coklat yang cair tu, memang UMMPPHHH !

Jom la ramai-ramai kita beli sekotak dengan tauke MCC ni. Hahaha. Siap boleh jual kat jiran sebelah lagi. Beli sekotak ni bukannya apa sebab takut berebut dengan adik beradik yang lain. Nanti kang ada jugak yang pergi cari batu belah batu bertangkup sebab kempunan makan MCC. Jom borong sekotak ! Agak-agak berapa ya kalau beli sekotak terus. Yang fana tahu buat masa ni satu balang cuma RM7 sahaja. Betul-betul murahhhhh. Harga kasih sayang betul.


Untuk hilangkan kempunan sila follow Instagram Monster's Crazy Crunchy : 

Untuk order boleh contact abam sado di :
013-8890044




xoxo,
fana


[Food Review] Wanderlust @ Solaris Mont Kiara

Assalamualaikumm,


[Food Review]
Wanderlust
10, Jalan Solaris 4, Solaris Mont Kiara, KL.
Business Hour : Mon - Fri 11.00 a.m - 11 p.m
Sat - Sun 9.00 a.m - 11 p.m



“You don't love someone because they're perfect.
You love them in spite of the fact that they're not."


Berdasarkan pengalaman, tak kesemua pasangan kita adalah sempurna. Namun, disebalik ketidaksempurnaan itulah yang mengajar kita untuk saling melengkapi antara satu sama lain.  Mungkin tak ramai sedar akan hal itu. Berapa ramai perempuan yang sanggup cintakan lelaki yang suka makan apa yang mereka tidak suka? Fikirkan.


Baru-baru ini fana telah berkunjung ke Wanderlust Restaurant yang terletak di Solaris Mont Kiara sempena pembukaan restoran tersebut. Wanderlust merupakan satu-satunya restoran yang menyediakan makanan bertemakan "All Around The World". Bagi mereka, konsep tersebut hanya boleh dipakai di negara kita sahaja memandangkan di Malaysia terdapat pelbagai kaum, bangsa dan juga menjadi tempat mencari rezeki buat warga-warga asing termasuklah dari Eropah.


Disebabkan hal itu, Wanderlust menggunakan strategi menyediakan makanan yang tidak sepesifik terhadap menu yang dicipta sebaliknya menggunakan kepakaran chef yang ada untuk menyediakan makanan-makanan yang bukan tipikal di Malaysia. Menurut pemilik Wanderlust, mereka sengaja menghasilkan makanan yang direka lain dari yang lain supaya pelanggan berpuas hati setelah berkunjung ke situ. Jom fana tunjukkan menu satu persatu.



Appetizer | Deep Fried Beets with Japanese Mayo 
RM 15.00


Ini merupakan pertama kali fana merasa makanan yang begitu unik. Belum pernah disediakan dimana-mana restoran. Ubi bit yang direbus sehingga empuk kemudiannya dicelup tepung dan digoreng. Ubi bit merupakan makanan berkhasiat dan sangat digemari oleh kaum China. Ubi bit tidak digoreng terlalu lama bagi mengekalkan khasiat yang terkandung didalamnya. Bagi menstabilkan rasa, hidangan ini dihidangkan bersama Japanese Mayo. 
.
.
.

Appetizer | Chicken Chicharron With Sriracha Aioli
RM 15.00


Sewaktu hidangan ini dihidangkan, ramai tertanya-tanya apakah menu yang simple tetapi unik ini? Fana pada mulanya menyangkan menu ini adalah keropok ikan yang digoreng dan kemudiannya dihidangkan sebagai pembuka selera. Fana silap. Menu ini merupakan kulit ayam yang digoreng rangup, kurang berminyak dan dimakan bersama Aioli. Tak sangka menu yang simple ni berjaya memukau hati blogger-blogger yang hadir.
.
.
.

Appetizer | Flamming Wings
RM 22.00


Siapa je yang tak suka ayam kan? Hidangan pembuka selera ni yang paling cepat habis sewaktu dihidangkan. Kepak ayam  dihidang bersama sos pedas dan manis, potongan buah tembikai dan rasanya memang mengancam. Kalau hidang 10 pinggan dekat fana pun dah tenu licin. Sedap sangat. Nampak je merah tapi tak pedas. Sedap.
.
.
.

Main Course | Crispy Salmon Steak With Strawberry Basil Salsa
RM 32.00


Sejak fana suka makan sushi, fana suka sangat dengan ikan salmon lebih-lebih lagi apabila di'grilled' tak terlalu masak. Tetapi, di Wanderlust, Salmon ini dihidangkan bersama Strawberry. Rupanya sangat kena apabila salmon dimakan bersama Strawberry. Sedappppp sangat! Fana dah la hantu Salmon. Unik kan cara ikan salmon ni dihidangkan. Memang tak dapat kat restoran lain.
.
.
.

Main Course | Tiger Prawn With Handcrafted Pumpkin Tagliatelle And Salted Egg Yolk
RM 30.00


Hidangan ini merupakan pasta yang paling laris di Wanderlust. Apa yang fana diberitahu, pasta ni diperbuat daripada buah labu dan dicanai sendiri oleh Chef Wanderlust. Rasa kuah dia macam carbonara, ada cheese cuma apa yang mejadikan resepi ini unik ialah, mereka menggunakan kuning telur masin untuk menjadikan kuahnya lemak dan sedap. Sangat sedap. Serius. Dimasak pula bersama daun kari. Sangat membangkitkan selera. Kemudian dihidang bersama udang harimau yang segar.
.
.
.

Main Course | Wanderlust Benedict
RM 25.00


Hidangan paling unik di abad ini. Tak pernah lagi fana jumpa roti canai yang unik macam ni. Hidangan ni merupakan hidangan paling istimewa di Wanderlust kerana ianya merupakan signature Wanderlust iaitu "All Around The World". Rasa macam berada di negara lain kerana menu ini telah diinovasikan oleh Chef di Wanderlust. Roti canai dihidangkan bersama cendawan, baby spinach, Turkey bacon, telur yang dimasak menggunakan teknik 'deep fried poched' membuatkan telur itu mengalir apabila dipotong. Sedap dan cantik sekali menu ni. 
.
.
.

Dessert | Sago With Double Ristretto, Hazelnut Bittle and Hot Cream
RM 18.00


Pencuci mulut yang ringkas tetapi sedap ni dibuat menggunakan sagu, susu cair, dan gula melaka. Namun, ada elemen surprise yang dimasukkan sekali apabila terasa rangup Hazelnut Bittle yang halus dan crunchy. Tak sedar dah habis. Terlalu sedap dan menyegarkan.



Bagi penggemar coffee, Wanderlust merupakan salah satu restoran yang mempunyai barista yang hebat-hebat. So, kalau datang sini make sure korang order coffee okay? Macam-macam ada, Mocha, Cappucino, Machiato dan banyak lagi. Korang just datag lepak dengan kawan-kawan sambil minum coffee pun okay apa.


Selain sudut dekorasi dalam restoran yang agak hipster, sudut luar pun tak kurang menariknya. Fana suka konsep ringkas macam ni. Sesuai untuk datang dengan family atau kawan-kawan untuk makan sambil borak-borak. Bagi yang merokok, boleh la duduk kat luar ni. Jangan buang putung rokok merata-rata dah la ya.


Okay, itu sahaja yang fana nak share untuk food review kali ni. Terima kasih FOOD INK sebab sudi jemput fana ke sesi food review ni. Happy dapat kenal dengan kawan-kawan baru, kawan yang kita dah kenal, lepak makan sama-sama. Seronok! Hope next time boleh la join lagi kalau ada kelapangan masa. :)


Jangan lupa untuk baca lebih lagi di website : 




xoxo,
fana

21 May 2015

Syalaa Beauty | Syalaa BB Cushion Cream

Assalamualaikumm,


[Product Review]
Syalaa Beauty BB Cushion Cream
Harga : RM 129.00


"Secerah dan secantik artis Korea"



Kebanyakan perempuan banyak menghabiskan duit untuk barang-barang mekap. Ada perempuan yang rasa tak yakin apabila keluar rumah tanpa mekap. Ada juga yang bekerjaya dan terlalu sibuk dengan tugasan sehinggakan nak calit sedikit bedak kompak pun tak sempat. 

So, untuk korang yang sedang mencari jalan keluar untuk masalah macam tu, BB Cushion Cream ni sangat sesuai untuk korang. Syalaa BB Cushion Cream dikeluarkan oleh Syalaa Empire. Baru sahaja berada dipasaran selama 3 minggu. Ramai jugak yang belum kenal mengenai produk mesra pengguna ni. Menggunakana teknologi terkini bagi menghasilkan produk revolusi wanita.

Syalaa BB Cushion Cream mengandungi 10 bahan semulajadi :
- Ekstrak bunga mawar
- Chamomile
- Jasminum Officinale
- Narcissus
- Freesia Refracta Extract
- Aloe Vera
- Jojoba
- Squalene
- Centella Asiatica
- Lilium Candidum


Antara bahan-bahan yang terkandung dalam Syalaa BB Cushion Creamm ialah Lilium Candidum atau lebih dikenali sebagai Madonna Lily. Fungsinya adalah untuk membantu  menjaga kelembapan kulit, memberikan rawatan khusus bagi kulit kering dan sensitif dengan mengimbangi kadar kelembapan air pada kulit.


Syalaa BB Cushion Cream mempunyai manfaat 5 dalam 1 iaitu :
- Sebagai mekap dan merawat kulit wajah
- Melindungi kulit dari sinaran UV
- Fungsi pencerahan 5x ganda dari biasa
- Menyegarkan dan melembabkan kulit
- Mengandungi SPF 50PA+PA+++




Pore Silky Balm pula dihasilkan bagi membantu menutupi liang pori terhadap kulit muka. Cara penggunaan Pore Silky Balm ialah dengan meratakan pada kulit muka terutama dibahagian yang paling bermasalah (liang pori terbuka), sebelum memakai Syalaa BB Cushion Cream.


Sepanjang seminggu penggunaan, boleh dikatakan fana sangat berpuas hati dengan kesan Syalaa BB Cushion Cream terhadap kulit muka fana. Lebih-lebih lagi fana mempunyai masalah liang pori terbuka yang agak besar jugak la. Sampai kadang-kadang terpaksa pakai foundation tebal-tebal untuk tutup liang pori yang besar tu. Sejak pakai Syalaa BB Cushion Cream dengan Silky Pore Balm ni, rasanya liang pori pun dah malu nak buka luas-luas. Hehehe.



Before

After


Untuk korang yang eksaited nak tahu mana nak beli Syalaa BB Cushion Cream yang best ni, boleh la jengah-jengah laman web atau laman sosial rasmi milik Syalaa Beauty okay? Oh ya, kalau korang nak tahu, Mia Ahmad aka Yuhanis pelakon drama Hati Perempuan pun pakai Syalaa BB Cushion Cream jugak. Korang bila lagi? Jangan lupa dapatkan produk yang asli ye. Berhati-hati dengan produk tiruan okay?



Maklumat lanjut layari :
 Contact : 03-87414957



xoxo,
fana

09 May 2015

Media Launch Asyikin Exclusive @ Dataran Pahlawan Megamall

Assalamualaikumm..


Jadi perempuan ni tak pernahnya cukup baju kat dalam almari tu. Fana sendiri pernah merungut banyak kali setiap kali nak keluar pergi event. Baju takda, nak pakai apa ni?? Hahaha. Tak pasal-pasal kena sound dengan maksiah kata baju dalam almari tu sikit punya banyak boleh kata takdak baju. Hamboih! Garang tau maksiah. Takut! Nak buat macam mana, maksiah masa muda-muda dulu pun macam tu kan? Eleh!

Untuk entri kali ni fana nak kongsi dengan orang-orang Melaka la pulak. Selalu dok share pasal butik best dekat KL kan? So, hari ni kita cerita pasal butik pakaian muslimah di Melaka pulak okay? Mesti ramai hijabista-hijabista yang duduk di Melaka agak susah nak cari butik baju dan tudung yang best kat sana kan?


Sekarang korang takkan hadapi masalah tu lagi sebab fana nak bagitahu ni, Butik Asyikin Exclusive yang dekat Dataran Pahlawan Megamall ni bukan sahaja menjual tudung-tudung mengikut trend tetapi baju-baju yang dijual di sana cantik-cantik, berpatutan dan juga mengikut trend semasa. Bijak sungguh Puan Asyikin Rahmat, pengusaha Butik Asyikin Exclusive ni kan?


Bagi yang masih belum mengenali nama Butik Asyikin Exclusive, butik ini sudah lama berada dalam industri fesyen muslimah dengan nama Asyikin Collection sejak tahun 2000 lagi. Kini, Asyikin Exclusive sudah pun bertapak dalam dunia perniagaan pakaian muslimah selama 15 tahun ! Tahniah buat Butik Asyikin Exclusive. Bukan itu sahaja, Asyikin Exclusive sudah melebarkan perniagaan mereka sekitar Melaka iaitu di MITC Ayer Keroh Melaka, Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan Megamall. 






Bersempena pembukaan butik Asyikin Exclusive di Dataran Pahlawan, mereka telah mengadakan Official Media Launch Asyikin Exclusive di dalam Dataran Pahlawan Megamall, Melaka. Fana telahpun dijemput bagi menghadiri majlis pelancaran yang sangat meriah ni oleh Dynamigue Event Management. Duta Asyikin Exclusive, Puteri Sarah Liyana pun hadir pada hari tersebut.

Majlis diacarakan oleh model berbakat besar dan cantik iaitu Anis Al-Idrus. Majlis yang simple itu dilengkapi dengan acara fashion show oleh model-model yang telah dipilih melalui casting yang diadakan di Butik Asyikin Exclusive itu sendiri. Hebat sungguh strategi perniagaan dan persiapan oleh pengusaha butik, Puan Asyikin.

Puan Asyikin merupakan seorang isteri dan juga ibu  kepada empat orang cahaya mata. Tak sangka sebenarnya sebab fana tengok Puan Asyikin nampak muda sangat. Macam tak percaya wanita berjaya itu sudahpun mempunyai empat orang cahaya mata hasil perkahwinannya dengan suami tercinta Ishaq Tang.

Bagi fashionista muslimah yang berada di KL mahupun negeri lain, jangan risau kalau tak dapat pergi Melaka untuk shopping di Butik Asyikin Exclusive sebab mereka juga sangat kerap join jualan-jualan meriah macam Vendeur Festival 3.0, Online Shop Festival, dan banyak lagi la. Kalau nak tahu tempat-tempat yang Asyikin Exclusive akan terjah, kena la follow Instagram Asyikin Exclusive. 




Untuk maklumat lanjut :



Alamat :
Asyikin Exclusive Dataran Pahlawan
Ground floor, South Entrance
Landmark : Sederet Butik Mango
Business Hour : 10.00 a.m - 10.00 p.m


Asyikin Exclusive Mahkota Parade
G38 Ground Floor
Landmark : Belakang Main Stage
Business Hour : 10.00 a.m - 10.00 p.m


Asyikin Exclusive MITC (HQ)
Jalan Komersial Kota Fesyen,
Ayer Keroh Melaka
Landmark : Shoplot bertentangan Jabatan Audit
Mon-Thus : 11.00 a.m - 9.00 p.m
Fri-Sun : 11.00 a.m - 10.30 p.m



03 May 2015

[Food Review] Viv's Boutique Cafe, TTDI

Assalamualaikum...


[Food Review]
Viv's Boutique Cafe,
Jalan Wan Kadir 1, TTDI


Kekadang mencari kedai makan yang memenuhi selera kita agak susah berbanding mencari cinta.Eh? Ada kena mengena ke? Hahaha. Tapi, nak cari restoran berdekatan menjadi lebih mudah dengan adanya aplikasi Open Snap. Pernah dengar pasal Open Snap tak? Kalau korang mengalami masalah yang sama macam fana, boleh la install aplikasi tu kat Google PlayStore untuk pengguna Android. Jap lagi fana sambung lagi pasal aplikasi tu, sekarang marilah kita menjamu selera. Hewhewhew.

Viv's Boutique Cafe yang terletak di Jalan Wan Kadir 1, Taman Tun Dr. Ismail ni merupakan salah satu restoran yang nampak mewah namun menyajikan menu yang sangat istimewa dan begitu dekat dengan masyakarat di Malaysia. Menu yang disedikan merupakan menu-menu yang boleh kata sesuai untuk pelbagai kaum di Malaysia ni. Berkonsepkan Asian Fusion, kesemua makanan yang disediakan mempunyai ciri-ciri campuran antara masakan Melayu, India, Cina dan sedikit style daripada Jepun. Menurut pengusaha restoran Viv's Boutique Cafe, chef-chef yang ditugaskan memasak di restoran ini mempunyai pelbagai latar belakang dalam bidang masakan dan salah satunya pernah memasak menu-menu masakan Jepun.


--------------------------
Bento Set (RM 18.90)
---------------------------
Nasi goreng dan ayam yang dimasak bersama sos istimewa, Japanese garlic, vege tempura, buah-buahan segar, salad campur, dihidang bersama sos teriyaki dan papadom. 

Rate : (5/5)



---------------------------------------------
Tapas Prawn Balloon (RM 18.50)
----------------------------------------------
Udang yang di'grilled' dihidang bersama sos ala-ala bolognaise campuran sayur lobak dan lada benggala. Tidak lengkap dengan itu, dihidangkan sekali papadom serta limau nipis yang menaikkan lagi rasa.

Rate : (4/5)


---------------------------------------------
Chef Salad Platter (RM 14.90)
---------------------------------------
Salad Mesclun bersama minyak zaiton, tomato ceri, bawang, lada benggala, sedikit aioli dan sitrus mangga sebagai dressing.

Rate : (4/5)



--------------------------------------------------------
Slow Braised BBQ Short Ribs (RM 38.00)
-------------------------------------------------
Short ribs yang terbaik dipilih chef diperap dengan sos BBQ dan ramuan rahsia selama 12 jam dihidang bersama sayuran seperti asparagus, tomato ceri dan kentang putar.

Rate : (5/5)

-----------------------------------------------------
Mango Injection Salmon (RM 35.00)
--------------------------------------------
Salmon grilled yang diberikan kelainan dengan dihidangkan bersama sos mangga, puri labu serta kentang putar. Rasa salmon tu masih kekal dan mempunyai rasa yang unik.

Rate : (5/5)


----------------------------------------
Mushroom Soup (RM 15.80)
-----------------------------------
Campuran cendawan antaranya shitake, oister, buno shimeji dan cndawan butang dan dihidangkan bersama garlic bread. Sangat menepati citarasa penggemar mushroom soup.

Rate : (4/5)



--------------------------------------------
Chocolate Aquarium (RM 17.90)
--------------------------------------
Chocolate fudge dihidangkan bersama aiskrim vanilla dan love letter stick. Life is too short to live it without chocolate. Memang terbaik dessert ni !

Rate : (5/5)


----------------------
Choco Monster 
--------------------
Chocolate ice-blended yang menghilangkan dahaga, sesuai untuk penggemar coklat. Dilengkapkan dengan whipped cream, memang sedap !

Rate : (5/5)



Percaya atau tidak, pengusaha restoran Viv's Boutique Cafe ni merupakan Melayu? Sempat kami bloggers yang hadir bagi sesi food review bertanyakan beberapa soalan. Jika lihat dari luar restoran, pasti ramai yang beranggapan bahawa restoran ini menghidangkan makanan yang terlalu mahal, makanan tak halal dan kemungkinan ada juga yang berfikir restoran ini bukan untuk Melayu. Lepas fana dan beberapa kawan blogger pergi makan disini, ternyata pendapat tu salah. Makanan yang dihidangkan sangat sesuai dengan tekak kita orang Melayu, so korang boleh la try pergi makan kat sana.






Untuk korang yang gemar mencari restoran-restoran baru untuk makan, boleh la datang ke Viv's Boutique Cafe yang terletak di TTDI ni. Area dia berdekatan dengan Taman Rimba TTDI. Dekat sini fana pasti seratus peratus korang punya keinginan akan dipenuhi dengan makanan yang sedap-sedap belaka. Kebanyakan kedai makan yang fana makan, tak sepuas hati makan dekat sini. Masakan dia memang cukup-cukup rasa, langsung tak ada yang kurang. Nasi goreng pun sedap. Alahai, hebat betul chef Viv's Boutique Cafe ni masak.

Oh ya, fana janji nak cerita pasal Open Snap jugak kan? Open Snap merupakan salah satu aplikasi yang dibina oleh company Open Rice. Sejak fana gemar makan dan meneroka restoran-restoran baru, fana sangat perlukan aplikasi macam ni. Bukan je mudah tapi yang pasti korang mesti tak ada masalah lagi nak fikir makan kat mana lepas ni. Korang bukan je boleh cari restoran berdasarkan senarai kategori makanan, korang jugak boleh cari restoran yang berdekatan dengan korang masa tu.




Download la sekarang !
Google Play Store :





xoxo,
fana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...