TABUNG

28 June 2015

Festival Ramadhan Klang 2015 Sepanjang 26 Jun - 12 Julai

Assalamualaikumm..




Sepanjang bulan Ramadhan ni, GM Klang menganjurkan Festival Ramadhan Klang 2015 yang menyediakan pelbagai aktiviti dan jualan. Festival ini telahpun bermula pada 26 Jun dan akan berakhir pada 12 Julai. 

Semalam telah berlangsungnya Majlis Pembukaan dan Sidang Media Festival Ramadhan Klang 2015 yang diadakan di tempat letak kereta Blok C Pusat Pemborong GM Klang. Majlis yang bermula pada jam 6 petang itu dihadiri oleh kesemua mereka yang terlibat di belakang tabir termasuklah media-media.

Festival Ramadhan Klang turut bekerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Projek Iqra' dan Women International Network (WIN). Festival ini telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan Gamuda GM Klang Sdn. Bhd iaitu Yang Berbahagia Dato' Lim Seng Kok di samping Yang Berusaha Dr. Leong Khai Hin, Presiden Klang Chinese Chamber of Commerce Industry (KCCCI).

Tujuan majlis diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan kemasyarakatan bagi penduduk sekitar Klang, para penganjur, peniaga-peniaga dan juga pelajar-pelajar dari Maahad Tahfiz Al-Munirah. 

Duit raya juga dihulurkan kepada peserta-peserta Projek Iqra' yang telah memilih Pusat Pemborong GM Klang sebagai salah satu destinasi projek mereka. Melalui projek ini, peserta-peserta yang terdiri daripada anak-anak komuniti di bawah umur 12 tahun berpeluang membeli persiapan raya dengan duit yang diperuntukkan bagi melakarkan senyuman pada wajah mereka sempena Hari Lebaran yang bakal tiba tak lama lagi.

Apa yang menarik di Festival Ramadhan Klang, terdapat lorong Laman Budaya yang bertemakan suasana kampung halaman, mainan-mainan tradisional juga disediakan sepanjang Laman Budaya. Pasti ramai anak-anak kecil yang suka berjalan di Laman Budaya ni kerana terdapat pelbagai gambar-gambar menarik. Para pengunjung juga dapat bergambar sepanjang lorong tersebut dan sertakan hashtag #FestivalRamadhanKlang2015 jika memuat naik gambar di laman sosial.








Di sebelah luar pula, terdapat pebagai aktiviti menarik sepanjang festival berlangsung. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan boleh disertai oleh pelbagai peringkat umur dan ianya sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. 

Festival Ramadhan Klang 2015 beroperasi dari jam 3 petang sehingga jam 11 malam pada setiap hari Isnin - Jumaat dan bermula seawal 11 pagi pada hari Sabtu dan Ahad. 


Antara aktiviti yang diadakan sepanjang festival berlangsung ialah Pertunjukan Giant Bubble, Dekorasi Cupcake, Demonstrasi Mencanting Batik, Penggayaan Hijab, Penampilan Maskot Upin dan Ipin, Bengkel Wau, Penampilan Maskot Awang Kenit, Dunia Eicak dan Cingkus, Begkel Kuda Kepang, Penampilan Maskot Chichi dan Chacha, Demonstrasi Masakan, Bacaan Ayat-ayat Al-Quran, Moreh bersama Selebriti seperti Zaiton Sameon, Nassier Wahab, Kent Blues, Sheqal, Didi Astilah, Awi Rafael, serta ceramah-ceramah agama dan selawat.


Terdapat lebih 120 buah gerai yang mengadakan jualan sempena Festival Ramadhan Klang 2015. Pelbagai barang-barang persiapan raya yang dijual di sini antaranya baju raya, biskut raya, dan juga juadah berbuka puasa. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan.



Majlis pembukaan Festival Ramadhan Klang dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Urusan Gamuda GM Klang Sdn. Bhd, Dato' Lim Seng Kok yang turut melahirkan rasa bersyukur kerana dapat menganjurkan program sebegini. Menurutnya lagi, objektif festival ini adalah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara pengunjung dan dapat beramah mesra antara satu sama lain.

Dato' Lim turut berterima kasih kepada pihak UiTM dan WIN kerana dengan penglibatan mereka, secara tidak langsung mampu melahirkan bakal usahawan-usahawan berjaya yang mampu mencorakkan lagi industri keusahawanan negara. Beliau turut merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak Infaq Bridger di atas sumbangan sejadah sembahyang di dua buah surau Pusat Pemborong GM Klang.



Simbolik perasmian Festival Ramadhan Klang 2015


Sejurus menyampaikan ucapan, Dato' Lim Seng Kok bersama-sama para penganjur merasmikan festival dengan melepaskan beberapa belon helium sebagai simbolik perasmian. 



Pengunjung bukan sahaja berpeluang membeli-belah tetapi juga turut dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi terkemuka di Malaysia antaranya Nasir Wahab, Yantzen, Ayu Damit, Bunkface, Awi Rafael serta beberapa kumpulan Nasyid terkenal di Malaysia.


Persembahan oleh Nasir Wahab

Buat penduduk-penduduk Klang mahupun yang tingal di Kuala Lumpur, Selangor ataupun mereka yang ingin membeli persiapan raya tak kira dari mana sekalipun, Pusat Pemborong GM Klang merupakan destinasi paling sesuai untuk semua. Barangan-barangan yang dijual menawarkan harga yang amat berpatutan. Apa tunggu lagi? Jom datang ke Festival Ramadhan Klang 2015 di Pusat Pemborong GM Klang. 

Apa pun, ingat ya, jangan membazir di bulan Ramadhan. 




Untuk maklumat lanjut layari : 

Websitewww.gmklang.com




xoxo,
fana




27 June 2015

[Ramadhan Buffet] Imperial Chakri Palace KLCC

Assalamualaikumm..



Selamat menyambut Ramadhan yang mulia buat korang semua. Bulan ni merupakan bulan paling ditunggu-tunggu oleh umat islam. Tak sangka dah sepuluh hari kita berpuasa. Cepatnya masa berlalu. Semoga Ramadhan tahun ni memberikan rahmat dan hidayah buat kita semua. Aminnn.


Fana rasa happy sangat sebab tahun ni dah jadi tahun kedua fana menjadi saksi makanan sedap-sedap di Chakri Palace. Sampai ada kawan yang tegur fana, "Dah macam rumah kedua". Eh? Hehehe. Alhamdulillah. Semoga pihak Chakri Palace terus memberikan kepercayaan buat fana untuk terus sama-sama membantu mempromosikan Chakri Palace. Fana juga pemegang kad VIP Chakri Palace tau! 

Untuk korang yang belum baca mengenai pengalaman fana di Chakri Palace pada tahun lepas boleh la baca jugak. Banyak jugak info yang fana kongsikan mengenai pengalaman fana di Chakri Palace. Fana rasa sangat bersyukur kerana berpeluang merasa sendiri makanan-makanan dari 'Istana Chakri Thailand' ni. 



Grand Launching Chakri Palace Royal Thai Cuisine Pavilion KL | Klik Sini
Ramadhan Buffet Review Chakri Palace Pavilion 2014 | Klik Sini
Pembukaan HWAN by Chakri di Midvalley Megamall | Klik Sini



Dah baca link-link previous post kat atas? Terima kasih. So, hari ni fana rasa mencabar jugak sebab update entri ni bulan puasa dan siang hari pulak tu. Selalunya fana akan update blog pasal food review malam-malam tapi sebab malam ni fana ada majlis berbuka puasa di GM Klang, maka kita update sekarang. Takpe, iman kuat kan? Korang yang baca ni fana nak bagi amaran siap-siap, kalau lapar jangan salahkan fana tau. Hahahaha.


Menu-menu yang disediakan :

Sate Ayam dan  Daging

Sambal Terung

Rendang Daging Tok

Ulam-ulam , Acar Timun

Miengkam

Kuih-muih tradisional

Ubi Kayu Rebus

Kuih Talam

Bawang dan Bayam Goreng Tepung

Butter Prawn

Tomyam Seafood

Menurut Pengurus Imperial Chakri Palace, KLCC Encik Rezal, terdapat lebih 50 menu authentic Thailand yang disediakan sepanjang bulan Ramadan disini. Ini merupakan pertama kali Buffet Ramadhan disediakan di Imperial Chakri Palace KLCC kerana faktor ruang yang agak sempat. Imperial Chakri Palace, KLCC juga baru sahaja siap renovation pada tahun ini dan mereka bersetuju untuk mengadakan buffet ramadhan disini pada tahun ini kerana jumlah pengunjung dan pelancong yang ramai.

Buffet

Buah-buahan sebagai pencuci mulut

Bersama Chef Solahuddin Nuto
Chef Solahuddin Nuto ni merupakan chef yang menyediakan makanan-makanan yang sedap-sedap kat sini. Mesti ramai yang belum tahu sejarah chef kan? Haaa, sebab tu kena baca entri fana tahun lepas. Kalau belum baca, kat atas tu fana ada sediakan link. Boleh  la jenguk dan baca mengenai chef dan bagaimana chef boleh hebat masak masakan Thai dan Melayu.



Bersama Pengurus Restoran Encik Rezal

Bersama rakan-rakan blogger semasa buffet review tempoh hari


Buat penggemar makanan Thai, korang boleh la datang ke Chakri Palace bagi memenuhi craving tekak korang tu. Kat sini dari appetizer, main dish sampai la dessert semuanya sedap-sedap belaka. Ramai yang tak percaya Chakri Palace menyediakan makanan yang menjadi feveret orang melayu. Kebanyakan pengunjung Chakri Palace juga merupakan pengunjung tetap dan mereka juga mendapat benefit yang banyak daripada setiap kunjungan ke Chakri Palace. So, korang bila lagi?

Sepanjang Ramadhan, Chakri Palace akan menyediakan menu-menu mengikut hari yang ditetapkan. Antara menu-menu yang disediakan sepanjang Ramadhan ialah :


Pembuka Selera 
---------------------------
Mieng Kam Ulam Daun Kadok 
Ulam-ulaman dengan Sambal Belacan 
Telur Masin 
Acar Timun 
Aneka Jeruk 
Kangkung Goreng Ala Thai 
Samosa Goreng 
Por Pia Inti Sayuran 
Aneka Keropok 
Onion Ring Goreng 
Buah Kurma 
Gado-gado 
Nasi Impit Kuah Kacang 

Aroma Thailand 
----------------------
Lamb in Thai Green Curry 
Butter Prawn with Salted Egg 
Sautéed Squid with Garlic Sauce 
Fried Sliced Fish with “Tiga Rasa” Sauce 
Stir Fried Lala with Tom Yam Paste 
Stir Fried Mix Vegetables 
Sautéed Beancurd with Minced Chicken 
Steamed Fragrant Rice

Citarasa Malaysia
----------------------- 
Rendang Daging Tok 
Pajeri Terung 
Pajeri Nenas 
Ayam Kapitan 
Nasi Beriani

Kerabu
------------ 
Kerabu Mangga Thai 
Som Tam @ Kerabu Betik Muda 
Kerabu Ayam Cincang 
Kerabu Glass Noodle

Live Action Stalls 
-----------------------
Gerai Sup Tom Yam – Bihun, Mee, Kuey Teow 
Gerai Satay – Ayam & Daging Gerai Ikan Bakar

Pemanis Mulut 
---------------------
Red Ruby 
Waterchestnut 
Pulut Mangga 
Buah-buahan 
Kuih Muih Melayu 
Aneka Jelly Thai 
Ubi Kayu Stim 
Pisang Stim Manis 
Bubur Jagung & Pisang 
Bubur Kacang 


Harga : 







Untuk pembelian secara talian, boleh layari :



xoxo,
fana

21 June 2015

Buffet Ramadhan | M Cafe By Meesha Sukira

Assalamualaikumm..


"Food is the best way to promote a culture"



Salam Ramadhan Al-Mubarak yang ke-3. =)

Bila siang tak boleh nak update entri berkaitan makanan sebab risau karang perut ni berbunyi-bunyi je tengok makanan sedap-sedap kan? Hehehe. Biasa la tu, jenis manusia yang pantang nampak makanan. 

Saja mencari kelainan, sebelum ni kita makan dekat restoran yang betul-betul berkonsepkan restoran, tapi kali ni fana nak ajak korang cuba makanan sedap-sedap dekat butik jual batik! Hahaha. Eh, macam mana butik yang jual batik ni ada restoran pulak kat dalam dia? Haaaa, itulah korang tak tahu, kreatif kan? Bagi fana, ini merupakan satu konsep yang sangat menarik bagi menarik perhatian pelanggan untuk datang ke restoran mereka.




Food ReviewM Cafe by Meesha Sukira
47 Jalan Medan Setia 1, 
Plaza Damansara, Bukit Damansara 
Kuala Lumpur

Business hours :
Mon - Sat: 10:00 am - 10:00 pm 
(Sunday Closed)





Menurut pemilik restoran, mereka menghasilkan sendiri corak batik ini dan mempunyai kilang sendiri untuk menghasilkan batik. Pada mulanya, pemilik restoran lebih fokuskan kepada jualan batik sahaja. Malah, datuk moyang beliau juga merupakan golongan pelukis dan menghasilkan pelbagai karya seni serta pernah bekerja dengan Royal Selangor.


Mengimbau detik Tanah Melayu dulu, batik merupakan salah satu daripada sumber ekonomi dan menjadi salah satu produk utama perdagangan. Para pedagang dari China yang membawa Sutera merupakan salah seorang daripada datuk moyang kepada pemilik restoran M Cafe by Meesha Sukira ini. Siapa sangka, rakyat berbangsa China ini mempunyai minat yang begitu mendalam terhadap batik.


Antara faktor utama penubuhan butik kafe ni ialah menjadikan restoran ini mesra keluarga. Susun atur dan dekorasinya yang ringkas, terasa seperti berada di rumah sendiri. Makanan yang dihidangkan juga menepati citarasa masyarakat di Malaysia. Pasti ramai lagi yang tidak tahu kewujudan butik kafe yang bernama M Cafe by Meesha Sukira ini yang terletak di Bukit Damansara, Bangsar.

Selain itu, pemilik restoran  juga ingin mengekalkan tradisi batik yang melambangkan negara Malaysia untuk lebih dikenali diserata dunia. Dek kerana  batik semakin dilupakan dan ditelan zaman, pemilik berusaha untuk menimbulkan kesedaran ini lebih-lebih lagi buat generasi muda yang terlalu didedahkan dengan teknologi sehinggakan mereka tidak sedar akan kewujudan seni batik yang semakin dilupakan ini.


Pemilik sendiri memilih M sebagai simbolik butik kafe ini kerana huruf M memberikan banyak makna antaranya "Motivation", "Magical", "Manner", "Miracle" dan banyak lagi. Banyak cabaran yang dilalui oleh pemilik M Cafe by Meesha Shukira kerana mereka tidak mempunyai latar belakang di dalam bidang pengusahaan restoran serta masih sibuk dengan kilang mencanting batik yang terletak di Batu Caves. Walaubagaimanapun, sikap tidak mudah putus asa terus utuh dalam diri dan akhirnya butik kafe yang diberi nama M Cafe by Meesha Sukira ini berdiri megah di tengah-tengah bandar dan mempunyai pelanggan tetapnya sendiri.

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, M Cafe by Meesha Sukira mengadakan buffet Ramadhan dengan menghidangkan menu-menu yang lazat dan menjadi kegemaran masyarakat Melayu. Ops! Fana rasa selain daripada masyarakat Melayu, fana pasti mereka yang berbangsa China mahupun India juga pasti gemarkan makanan-makanan ini. Buffet ramadhan bermula pada harga RM39++ bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak yang berusia 12 tahun dan kebawah.



Menu
-----------------

Asam Pedas Ikan Pari

Daging Masak Hitam

Sambal Terung

Sambal Petai Udang

Sambal Sotong Sumbat

Masak Lemak Rebung Udang

Salad Sambal Ikan

Hainanese Chicken Chop

Ayam Goreng Telur Masin

Meehoon Goreng Seafood

Suka dengan kata-kata yang lahir dari bibir pemilik restoran ini, "food is the best way to promote a culture". Antara salah satu sebab kenapa pengusaha berbangsa Cina ini begitu bersemangat merealisasikan hasratnya membuka restoran adalah kerana tarikan makanan itu sendiri begitu kuat sehinggakan mampu menarik pelanggan  hadir ke restoran. Apabila pelanggan yang datang untuk menjamu selera, pelanggan akan 'dihidangkan' dengan batik-batik yang dihias di ruang restoran tersebut. Secara tidak langsung mampu membuatkan batik menjadi laris.


Terima kasih FOOD INK kerana sudi menjemput fana bersama rakan-rakan blogger yang lain bagi menikmati hidangan lazat resepi istana. Oh ya, lupa fana nak ceritakan bagaimana chef berbangsa Cina mampu menyajikan makanan Melayu yang begitu enak ini. Sebenarnya, resepi ini diperoleh daripada istana memandangkan ibu pemilik restoran ini dulu merupakan tukang masak di istana. Wahhh, patut la hebat. 

Bloggers bergambar bersama pemilik restoran (berbaju kelabu)


Terima kasih banyak-banyak M Cafe by Meesha Sukira kerana sudi menjemput fana dan rakan blogger yang lain untuk mencuba menu-menu buffet sempena Ramadhan disini. Makanan semua sedap. Dekorasi cantik, servis tip top. Untuk korang yang nak datang berbuka puasa disini jangan risau kerana kemudahan surau turut disediakan. 

Jangan lupa reserve dulu kalau nak datang ye. Boleh call nombor ni : 03-20959088



Untuk maklumat lanjut layari :

Instagram | @mcafebymeeshasukira



xoxo,
fana



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...